Tuesday, March 24, 2009

AKU PASRAH: TELAH KU LIHAT JALAN KEBENARAN INI



Tuhanku,
Kini aku pasrah ,
Pada takdirMu ke atas ku,
kerna telah ku lihat jalan kebenaran itu..
Telah terdampar luas di hadapanku.
Akan ku gengam kebenaran ini seeratnya,
Biarpun hati terluka, biar juga jasad terlulur.

Tuhan,
Telah aku pasrah,
Pada takdirMu ke atas ku
Atas kehilangan segalanya yang ku miliki,
Asal kebenaran itu bertahta dihati ini,
kerna kebenaran itu hanya datang sekali,
Pada setiap dekad yang pergi.

Tuhanku,
Telah aku pasrah
Pada TakdirMu padaku,
Akan kehilangan seorang kekasih,
Di antara dua persimpangan kasih,
Maka persimpangan kebenaran itu ku pilih,
Walau hati merintih, walau terasa pedih.

Tuhanku,
ku pohon restuMu,
Agar teguhkan jiwa dan kakiku ini
Di atas jalan kebenaran ini
Kerna kebenaran ini hanya satu
Untuk hambaMu yang telah lama menunggu

Nukilan hatiKu

Related Posts:

  • Tuhanku bantulah dakuTuhanku, Ku tak punya tubuh yang gagah hanya tubuh sekerdil dan sedaif ini kekadang sihat adakalanya juga sakit Tuhanku, Ku juga tak punya jiwa yang besar hanya jiwa sekecil dan sehina ini kekadang ada kekuatan adakala penuh… Read More
  • LEMAHNYA DIRI INI Oleh : hazlan hj. mohammad Lemahnya diri ini Baru sikit Allah menguji Sudah rebah tak mampu berdiri Lemahnya diri ini Baru saja bayu dunia menyapa pipi Sudah melayang tak sedarkan diri Lemahnya diri iniBaru sekelumit ke… Read More
  • Madah ..Usah Gelisah ApabiLa DiBenci Manusia KeraNA Ramai Yang MenyayangiMu di Dunia, Tapi GeLisahLah ApabiLA di Benci Allah Kerana Tiada Lagi Yang MengasihiMu di AkhiRaT ..Bermadu itu indah pada seseo… Read More
  • Madah Hati 1...Al Quran itu boleh melembutkan hati dan melapangkan dada kalau dibaca dengan makna dan kehendaknya difahami. Jika tidak bukan sahaja tidak ada kesan, jemu pun datang. ...Al Quran itu umpama sungai; banyak manfaatnya, untu… Read More
  • Renunglah Selalu Hati KitaRenunglah selalu hati kita Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan Wadah kekufuran dan keimanan Rebutan di antara malaikat dan syaitan Hati perasaannya halus Sentuhannya tiada terasa Tapi sangat memberi kesan di dal… Read More

0 comments:

Post a Comment