Saturday, March 14, 2009

AIR MATA TAUBAT

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Renungan..........

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.

Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .

Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

Related Posts:

  • Madah: LidahJagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh… Read More
  • AIR MATA TAUBAT"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100… Read More
  • AKU PASRAH: TELAH KU LIHAT JALAN KEBENARAN INI Tuhanku, Kini aku pasrah , Pada takdirMu ke atas ku, kerna telah ku lihat jalan kebenaran itu.. Telah terdampar luas di hadapanku. Akan ku gengam kebenaran ini seeratnya, Biarpun hati terluka, biar juga jasad terlulur. Tuh… Read More
  • Mencari Kebenaran Adalah WajibMencari kebenaran adalah wajib Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi Kebenaran itu hanya satu Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya … Kebenaran … Read More
  • Hati Tenang Jiwa Lapang Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sika… Read More

1 comment: