Saturday, March 14, 2009

AIR MATA TAUBAT

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Renungan..........

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.

Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .

Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.

Related Posts:

  • KU DAMBA JANJIMU DI AKHIR ZAMANKetika kuhanyut semakin jauhSemakin kugapai semakin tenggelamKetika tujuan hidup semakin kaburTerasaku mati sebelum kematianApalah artinya hidup tanpa pimpinanTiada cahaya, tiada panduanTanpa cinta dan kasih sayang-Mu oh Tuha… Read More
  • MARI BERTAFAKUR DAN MUHASABAH DIRIMari kita sama-sama tafakur, merenung sekejap ke dalam diri kita. Rasakan di hati kita bahawa kita ini hamba Allah yang maha dhaif, lemah dan hina. Buktinya: 1. Bolehkah kita elak diri kita dari sakit? Kalau terkena atau ter… Read More
  • LAGU RINTIHAN SEORANG HAMBARintihan Seorang Hamba Orang Mukmin yang sejati, jika terbuat dosa, hatinya luka punah Sedih dan derita, Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa, Kalau ia anggota lahir tentu nampak berdarah, Kalaupun sembuh dari… Read More
  • RINTIHAN AIR MATA HAMBA YANG BERTAUBAT "Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 10… Read More
  • AKU PASRAH: TELAH KU LIHAT JALAN KEBENARAN INI Tuhanku, Kini aku pasrah , Pada takdirMu ke atas ku, kerna telah ku lihat jalan kebenaran itu.. Telah terdampar luas di hadapanku. Akan ku gengam kebenaran ini seeratnya, Biarpun hati terluka, biar juga jasad terlulur. Tuh… Read More

1 comment: