![]() ![]() ![]() Bas tersebut telah dibeli dengan harga tunai RM800,000.00 (ringgit Malaysia) tanpa berhutang dengan mana-mana institusi kewangan atau bank dari syarikat pembuatan bas Sweden bernama SCANIA untuk bahagian enjin dan chassis, dan kelengkapan badan luar dan aksesori serta kelengkapan dalaman di buat oleh syarikat bas tempatan SKS Coachbuilders Sdn. Bhd atau pendeknya dikenali sebagai SKS BUS bertempat di Jalan Puchong-Kajang, Kg. Pulau
Meranti, Puchong, Selangor (www.sksbus.com.my).
![]() Menurut salah seorang pengendali bas itu, kos pembinaan bas dengan kelengkapan dalaman yang canggih dapat dijimatkan jika dibeli dengan harga tunai kerana jika dibeli dengan harga hutang kos bagi bas tersebut adalah RM1.2juta ringgit Malaysia. Pada mulanya apabila pihak Global Ikhwan menyuarakan untuk membeli bas tersebut, penjual bas menyatakan ianya mengambil masa yang lama untuk membuat tempahan, tetapi apabila pembeli dari Global Ikhwan mengatakan bas itu hendak dibeli dengan tunai, dalam masa satu hari sahaja bas tersebut sudah ada untuk dijual kepada Global Ikhwan. ![]() ![]() Apa yang menjadikan bas Global Ikhwan itu canggih ialah terdapatnya sistem litar kamera tertutup di tingkat atas dan bawah di mana penumpang di bawah dan di atas dapat melihat antara satu sama lain untuk memudahkan komunikasi secara visual disamping secara audio melalui mikrofon yang berkabel panjang untuk semua peserta atau penumpang memberi ucapan. Selain dari dapat melihat orang lain samada di bawah atau di atas, skrin LCD yang terpampang boleh keluar dan masuk secara automatik disetiap tingkat dan penumpang boleh menonton CD atau DVD yang dimainkan di tingkat bawah. Bahagian tingkat bawah lebih eksklusif dengan adanya mini dapur atau pantry, kawalan sistem audio-video dan peralatan sofa yang menarik. ![]() Satu kelainan yang terdapat pada bas ini ialah setiap penumpang tidak memakai kasut di dalamnya. Kasut-kasut penumpang di tempatkan di dalam rak yang di sediakan dekat dengan tangga di atas dan rak di tingkat bawah berhampiran pintu kecemasan. Oleh itu, kebersihan dari segi syariat Islam dapat dikawal apabila najis dan kekotoran tidak di bawa masuk bersama kasut di dalam bas. ![]() Rak-rak kasut yang disediakan cukup untuk seluruh penumpang seramai 45 orang di mana rak kasut di sediakan satu di bawah dan 2 di tingkat atas. ![]() Mengendalikan bas bertingkat seperti bas ini bukan perkara baru bagi syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd. Bas bertingkat tersebut telah mengelilingi negara Thai hingga akhirnya masuk ke Malaysia dan seterusnya kembali ke Thailand. ![]() Maklumat seterusnya yang lebih lanjut tentang perkhidmatan bas bertingkat ini boleh didapati dari: REGAL TRAVEL SDN BHD: 1.) 17G, Jalan Desa 9/4, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor ditalian 03-67331774, Fax 03-67334940 2.) 7G Hotel Putra Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 KUALA LUMPUR ditalian 016-3313569, Fax 03-26937308. ![]() |
Sunday, March 15, 2009
Home »
Isu Semasa
» BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN
Related Posts:
PERANAN WANITA DALAM ISLAMBagi memperkatakan peranan wanita dalam Islam, kita akan memperkatakan lebih dahulu tentang Islam itu sendiri. Islam itu bukan rekaan. Islam itu bukan buatan manusia. Ia adalah satu kebenaran dari Tuhan. Kalau kita katakan ia… Read More
BOLEHKAH WANITA MENYANYI ISU SUARA PENASYID WANITA MAWADDAH Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat hujah secara naqli dahulu. Di sini ingin saya jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yan… Read More
MASALAH MASYARAKAT 1: LARI DARI RUMAHTuhan kurniakan pada pasangan Othman dan Hawa 13 orang anak. Kehidupan keluarga sederhana ini mula dilanda keresahan kerana dua orang anak mereka melarikan diri dari rumah. Mokhtar, 13 tahun, dan Ali, 11 tahun, tidak pulang k… Read More
CABARAN FAHAMAN ORIENTALISPetikan: 1. Para orientalis belajar Islam dengan tujuan merosakkan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengubah atau menambah, membuang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraian untuk mengelirukan umat I… Read More
KE MANA ARAH PERJUANGAN BANGSA MELAYU KINI ?Petikan : Berita Harian 5 Mei 2008 Pemimpin wajar elak perpecahan daripada hancurkan bangsa Melayu UMNO ke mana arahmu? Bagi kebanyakan orang, soalan ini agak ganjil untuk dikaitkan dengan Umno. Bukankah Umno sejak kelahira… Read More
0 comments:
Post a Comment