Thursday, March 19, 2009

BUAT SUAMIKU:BERTAQWALAH

Wahai suamiku, belahan jiwaku! Ketahuilah bagaimana susahnya engkau membendung keinginanmu untuk menikah lagi, begitulah susahnya isterimu untuk memujuk nafsu agar setuju engkau menambah isteri. Kalau engkau juga kelihatan tidak sabar, tidak aneh kalau isterimu lebih tidak sabar darimu.

Ada isteri banyak tidak salah, bahkan di akhir zaman ini kalau engkau hanya mempunyai isteri satu, itu ertinya engkau kurang bertanggung jawab, sebab engkau tidak membela nasib wanita akhir zaman yang jumlahnya lebih banyak daripada lelaki. Membiarkan mereka menjadi perawan tua adalah satu kekejaman, yang bakal menimbulkan berbagai penyakit dalam masyarakat. Dengarlah jeritan kalbu mereka yang sakit akibat terlanjur umur. Hanya mereka malu untuk mengungkapkan keinginan mereka itu untuk didengar oleh semua manusia. Maka menikahi mereka itu satu tindakan yang wajar. Mempunyai dua, tiga, atau empat isteri bukanlah satu kesalahan. Bukannya engkau menzalimi isterimu. Engkau harus fahamkan isterimu tentang ini. Tapi sebelum itu engkau harus berjanji dengan dirimu bahwa engkau akan bersikap seadil-adilnya terhadap mereka. Jika tidak, nerakalah akibatnya.

Katakanlah engkau mempunyai tiga isteri. Tentunya mereka berbeza satu sama lain. Maka perasaanmu terhadap mereka pasti juga berbeza-beza. Akan ada yang pautan hatimu lebih dan ada pula yang kurang, mungkin juga ada yang sangat kurang engkau minati.

Wahai suamiku! Seandainya hal ini terjadi, apa sikapmu? Engkau tentu tidak mampu untuk memaksa hatimu minat pada sesuatu yang engkau tidak minati. Sebab gerak dan riak hatimu bukan engkau yang tentukan. Dan engkau tidak berdosa karena itu. Tapi menunjukkan riak tidak suka pada isteri adalah satu hal yang berbahaya. Rumah tangga dapat terancam dan engkau akan hilang bahagia. Sebab seorang isteri yang tidak dipedulikan suami, padahal madu-madunya begitu dimanjanya, akan menanggung derita batin yang berat. Dia dapat hilang pertimbangan dan akan melakukan hal-hal yang sangat memalukan suaminya. Apa yang ada di dalam hatinya waktu itu adalah engkau kejam. Tegakah engkau mengecewakan harapannya dan keinginannya untuk mendapatkan apa yang isteri lain dapat? Kalau engkau dalam keadaan dia, tentu engkau juga tidak akan sanggup. Habis, mengapa engkau minta dia melakukan apa yang engkau juga tidak sanggup menanggungnya?

Seandainya engkau membiarkan keadaan ini berlarutan sehingga isterimu tidak mahu memaafkanmu dan tidak redha dengan haknya yang engkau berikan pada isteri lain, ketahuilah bahwa tidak lama lagi engkau akan ditangkap dan dipenjara, bukan penjara dunia tapi penjara akhirat. Azabnya maha dahsyat, di mana waktu itu engkau akan mengeluh, ”Kalau aku tahu beginilah akhirnya, lebih baik aku memaksa diri untuk bersikap adil kepada semua isteriku”.

Wahai suamiku! Sebelum semua itu terjadi, apakah langkah yang harus diambil untuk menghindarkan terjadinya kemungkinan tersebut. Syarat terpenting ialah, wanita yang akan engkau nikahi itu biarlah wanita yang sudah terdidik dengan iman dan taqwa. Wanita mukminah atau sholehah, yang hatinya tidak bergantung dengan suami tapi dengan Allah. Wanita yang waktu engkau tidak di sisinya, dia tidak merasa sendirian, sebab dia merasa Tuhan ada bersamanya. Yang masalah hidupnya tidak diadukan kepadamu kerana mahu menjaga hatimu. Tapi diadukannya kepada Allah, atau cuba diselesaikannya sendiri dengan sedikit meminta pertolonganmu. Yang jika engkau berbuat salah padanya, dirasanya itu adalah hukuman atas dosanya, sebab itu dia tidak pernah memberontak denganmu, tapi akan redha dan memaafkanmu.

Wanita yang seandainya dia tahu suaminya tidak sayang padanya, lalu dia bersungguh-sungguh untuk mencari kasih sayang Allah. Dalam keadaan itu dia redha karena engkau melebihkan isteri yang lain, untuk mengharapkan syurga dan kasih sayang Allah serta pengampunan dosa-dosanya. “Biar aku susah di dunia daripada susah di akhirat”. Itulah bisikan hatinya. Lantaran itu dia sanggup mendoakan kebahagiaan untukmu bersama isteri yang lain.

Wahai suamiku! Wanita itulah yang harus menjadi calon isteri kedua, ketiga, atau keempatmu. Hanya dia yang dapat untuk tidak biadab denganmu kerana takutnya dengan neraka. Hanya dia yang mampu untuk tidak bertanya kepada engkau, ”Pergi ke mana? Bila pulang? Mana duit? Kenapa lambat?”. Sebab dia tidak mahu menyusahkanmu dan mengawasi gerak-gerikmu, sekalipun dia ditinggalkan, dan hatinya sedih, tetapi dia lebih tidak mahu engkau bersedih, kerana sayangnya padamu. Dia korbankan dirinya untukmu. Sekali-kali dia tidak akan katakan padamu,”Tidak adil!”. Kerana dia merasa cukup dengan Tuhannya dan meredhai haknya untukmu yang kemudian Allah turut memaafkanmu.

Itulah wanita yang dapat mensukseskan pernikahanmu, wanita sholehah yang dalam hatinya ada iman dan taqwa. Dan mereka meremehkan dunia kerana keyakinannya dan harapannya pada Syurga……

0 comments:

Post a Comment