This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 30, 2009

APAKAH HATI KITA CELIK ATAU BUTA

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana. Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga ,Tuhan sentiasa di dalam ingatannya kalaupun ada, lalainya sedikit sahaja.Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya ,dia sentiasa malu membuat...

Hati Tenang Jiwa Lapang

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif. Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad...

KOMUNIKASI ROH

Ketika Sayidina Umar Al Khattab memegang tampuk pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah, beliau telah menghantar utusan kepada Yazdajird, Raja Parsi, menyerunya agar memeluk Islam. Malangnya seruan itu ditolak. Yazdajird rela berperang dari menerima seruan tersebut. Peperangan tidak dapat dielakkan lagi... ramai tentera Parsi terbunuh manakala Yazdajird melarikan diri ke Hulwan. Apabila tentera Islam tiba di Hulwan, Yazdajird dan tenteranya...

Cuba Membunuh Diri

Norman dan Azlina,pasangan bergaji besar dan serba berada ini bergocang rumahtangga mereka selepas memperolehi anak kedua. Kemuncaknya isteri telah menelan pil tidur dengan niat membunuh diri. Menurut pendapat doktor, jumlah pil tidur yang diambil memang boleh membawa maut. Kekecewaan isteri itu hingga mempertikaikan apakah Tuhan ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, mengapa Tuhan biarkan rumahtangganya hancur berkecai. Kalau Tuhan ada, mengapa tidak...

Wednesday, April 29, 2009

Kenali Pejuang Agama

Pejuang agama itu boleh dikatakan juga sebagai ahli agama. Mereka memperjuangkan agama Tuhan. Mereka ini membuat kerja mulia. Iaitu menegakkan agama Tuhan. Di kalangan mereka yang terutamanya adalah Rasul-rasul dan nabi-nabi. Selepas ketiadaan rasul, tugas-tugas ini dipikul oleh para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin. Tidak selesai dengan itu, dari satu kurun ke satu kurun, silih berganti ada mujaddid yang berperanan pula. Ditutup dengan Fata At-Tamimi...

Merujuk Kepada Ahli Zikir

Maksud Firman Allah: “Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.” (An-Nahl:43) Ayat ini menuntut kita untuk merujuk kepada orang yang dikatakan Ahli Zikir dalam memberi jawapan kepada persoalan kehidupan kita. Ayat ini, sesungguhnya, sangat relevan dalam memberi jalan keluar kepada permasalahan sosial yang melanda masyarakat hari ini seperti gejala dadah, seks bebas, rasuah dan vandalisme. Ahli Zikir inilah...

Tuesday, April 28, 2009

Umumnya Pada Usia Tertentu, Adakah...?

SOALAN : Pada umumnya lelaki dan perempuan, pada usia-usia tertentu berlaku mudah tersinggung dan mudah marah. Para perempuan, sekitar usia menopause begitu juga lelaki sekitar 65 tahun. Itu ikut kajian psychology. Apakah pemarah ini merupakan satu gejala sakit jiwa? Bagaimana kita hadapinya? JAWAPAN : Tuhan itu maha adil sebenarnya. Lahir-lahir sahaja manusia ke dunia, manusia dibekalkan 2 benih yang telah sedia ada yakni benih positif dan negatif....

Ayat Pertama Surah Al Fatihah - Bismillahirrahmaanirrahiim

Dalam hidup kita, ada atau tidak, pada setiap hari seseorang yang memberitahu kita bahawa dia terlalu sayang dan terlalu pemurah kepada kita? Kita mungkin terfikirkan orang tersebut boleh jadi adalah ibu, suami atau isteri kita. Mereka kemudian memanggil kita duduk bersama, memberi sedikit sebanyak apa yang kita mahu dan perlu sehingga kita merasa yang mereka benar-benar...

Biarlah Anakku Mati......

Suatu hari seorang sahabat Rasulullah bernama Qais bin Assim hendak bersarapan. Jariahnya pun membawa hidangan berupa daging panggang, makanan kegemaran orang-orang Arab. Daging panggang yang dibawa oleh jariah itu masih tercucuk pada besi pembakarnya dan masih panas lagi. Semasa jariah itu hendak meletakkan hidangan di hadapan tuannya, tiba-tiba tanpa disengajakan daging panggang bersama besi pemegang itu terjatuh. Kebetulan salah seorang anak...

Monday, April 27, 2009

Seikhlas Kelapa Tua

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa...

Cara Memberi Kasih Sayang Yang Tepat

Sebenarnya untuk mendidik rakyat, anak-anak dan murid-murid, memang tidak terlepas dari kasih sayang sebab ia merupakan keperluan. Bagaimanapun kasih sayang itu bukan atas dasar akal, nafsu atau perasaan. Pendapat akal itu mesti ditapis oleh syariat. Kehendak atas dasar nafsu itu perlu ditapis syariat. Begitu juga perasaan itu mesti dicensor oleh syariat. Setelah disahkan oleh syariat, itulah kaedah yang boleh dipakai. Itulah dia cara atau pendidikan...

Sunday, April 26, 2009

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR

Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya; “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.” Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati...

ORIENTALISME : DURI YANG MENCUCUK DARI DALAM

Bila diperkatakan mengenai orientalis, ia merujuk kepada fahaman orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut "Al Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal ehwal Ketimuran, atau jika diperhalusi lebih mendalam lagi, ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan hal ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan dan kepercayaan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk,...

Saturday, April 25, 2009

Rumahtangga Idaman

Encik Jamaluddin melahirkan rasa terkilan melihat banyaknya berlaku keretakan, pecah belah, krisis bahkan perceraian. Banyak akibat buruk hasil dari rumahtangga yang haru biru dan kacau bilau, terutama yang menjadi mangsa ialah anak-anak. Bukan itu sahaja, kesan buruk jangka panjang ialah banyaknya berlaku gejala sosial, kerana asas masyarakat ialah rumahtangga. Apa yang menghairankan Encik Jamaluddin ialah setiap umat Islam yang hendak mendirikan...

Disambar Sayap Jibril

Dikalangan Bani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama mengawalnya daripada berfoya-foya. Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut...

Friday, April 24, 2009

Cara Menghadapi Tension

Petikan: " Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan." Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak...

Beza Antara Orang Mukmin Dan Orang Islam

Bagi sesiapa yang memeluk agama Islam, seseorang itu akan bersyahadah. Maka dengan itu dia dikatakan `masuk Islam`. Mengapa tidak dikatakan `masuk iman"? Dengan syahadah, seseorang itu dianggap muslim. Tidak pula dikatakan dengan syahadah dia menjadi `Mukmin`, sedangkan `Mukmin` yang diterima Tuhan. Islam tidak disebut pun tidak apa kerana secara automatik, Islam ada dalam iman. Tetapi kalau dia tidak Islam bermakna tidak ada iman.lni menunjukkan...

Setiap Manusia Memiliki Pemimpin

Sedar atau tidak, suka atau tidak, setiap kita sebenarnya punya Pemimpin. Pemimpin adalah pihak yang memandu hidup kita dalam berfikir, bersikap, cara hidup, bekerja dan beraktiviti. Pemimpin yang umumnya kita kenal adalah berupa sesosok manusia. Manusia yang didengar dan ditaati kata-katanya, yang diikuti sikap dan cara hidupnya. Yang sangat dicintai dan dihormati, walaupun pemimpin tersebut tidak minta dicintai dan dihormati. Setiap orang sebenarnya...

Thursday, April 23, 2009

Cintakan Tuhan Rahsia Kejayaan

Di dunia ini ada dua jenis pemimpin yaitu pemimpin dilantik Tuhan dan pemimpin yang dilantik oleh manusia dengan macam-macam cara. Ada secara demokrasi, ada secara diktator. Diktator adalah orang yang melantik dirinya sendiri dengan kekuatan tentera. Ada pemimpin warisan macam raja-raja. Pemimpin yang dilantik oleh manusia, apa yang dibanggakan oleh pemimpin tu? Dapat bagi orang gaji, dapat naikkan pangkat orang, dapat menjadikan orang selesa hidup,...