At Thaharah atau kebersihan adalah asas ibadah
Kalau ibadah di tempat tidak bersih
Tapi tidak najis hukumnya makruh
Kalau tempat najis, tidak sah
Rumah orang bertaqwa laksana masjid atau rumah Allah
Lahir batinnya hendaklah bersih
Supaya roh suci datang ziarah
Kalau rumah tidak bersih malaikat tidak ziarah
Padahal malaikat-malaikat membawa
berkat dan rahmat dari Allah
Pengotor tidak disukai Allah
Sekalipun tuan rumah ahli ibadah
Bersih menyenangkan jiwa, akal cerah
Kalau tidak fikiran berserabut, jiwa tegang, mudah pemarah
Bersih banyak peringkat kenalah buat
Yang tertinggi bersih daripada najis
sama ada aini mahupun hukmi
Yang aini nampak oleh mata
Yang hukmi hanya bersifat maknawi
Peringkat kedua bersih daripada yang menjijikkan
sekalipun tidak najis
Dia mematikan selera atau meloyakan perasaan manusia
Kenalah juga jaga seperti hingus atau tahi mata
Yang ketiga bersih daripada yang mencomotkan
sekalipun bukan najis
Kerana ia tidak sedap dipandang oleh mata kepala
Seperti tanah yang terpalit, tepung dan sampah
yang berselerak di rumah
Bahkan di dalam Islam meminta lebih dari itu
Barang-barang di rumah tersusun,
perabut-perabut di rumah teratur kalau ada perabut
Kerana ia menyedapkan mata memandang
Sunat hukumnya
Pakaian mesti kemas, bersih, elok bercantik-cantik,
Tuhan itu cantik secara Tuhan
Yang tidak dapat dibayangkan
Maka Tuhan suka hamba-hamba yang bercantik-cantik
Yang dimurka kalau megah dan riyak
Kalau pandangan tidak sedap dilihat oleh mata
Di rumah makruh hukumnya
Kerana dia membantu juga fikiran berserabut
Jiwa tidak tenang
Kemuncak kebersihan adalah kebersihan jiwa dan fikiran
Terutama daripada syirik yang mengekalkan seseorang
di dalam neraka
Selain itu sombong, tamak, bakhil,
cintakan dunia dan lain-lainnya
Kerana kekotoran jiwa membawa perpecahan dan huru hara
Yang akan menyusahkan kehidupan manusia
Yang akan hilang keharmonian dan kebahagiaan bersama
Orang yang pengotor fikirannya selalunya tidak teratur
Menggambarkan fikirannya yang kusut berserabut
Bahkan malaikat tidak menziarahi rumahnya
Rahmat dan berkat masuk ke rumahnya bersama malaikat
Kalau tidak, selalu sahaja berlaku krisis keluarga dan rumah tangga
Yang selalu ziarah ke rumah adalah jin,syaitan dan roh-roh yang kotor
Sekalipun tuan rumahnya sembahyang
Tapi tidak membawa ketenangan
Kerana malaikat tidak datang
Rumah itu orang rasakan bagaikan kubur
Tolong ambil peringatan nasihat sajak ini
Rumah orang Islam tidak sepatutnya kotor atau berserabut
Sunday, July 12, 2009
At Thaharah
Related Posts:
RAHMAT TUHANKeredhaan Tuhan itu penting. Buatlah apa saja asal mengharapkan keredhan Tuhan. Jika Tuhan sudah redha maka yang lain tidak ada nilainya. Mengharap rahmat dan keredhaan Tuhan itu penting. Lupakan saja segala amal kebaikan, se… Read More
Tanda Orang Yang Kenal TuhannnyaAda orang mengatakan yang dia kenal Tuhan. Ada orang mengatakan yang dia cinta Tuhan. Benarkah begitu? Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu sebenarnya baru tahu … Read More
Sikap Tawadhuk Yang Perlu DicontohiMengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia ma… Read More
Rasa-rasa di Dalam IstiqhfarBeristighfar itu adalah perkara biasa yang kita lakukan selepas sembahyang. Ianya seperti sudah menjadi kelaziman. Walaupun ia bukan wajib, tapi seolah-olah menjadi kewajiban. Apa yang sebenarnya dituntut daripada istighfar i… Read More
IKUTLAH DISIPLIN TUHAN SEPANJANG HARIRenungan: *Apabila bangun tidur sahaja di waktu Subuh, mulakanlah dengan Tuhan. Ingatlah Tuhan. Dia adalah Kawan Setiamu. *Apabila nanti kamu menyembah-Nya di dalam solatmu, engkau akan mudah mengingatinya. Engkau akan rasa… Read More
0 comments:
Post a Comment