Takutilah riyak, ia adalah pemusnah amal
Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan
Jauhilah pemarah, ia merosakkan amal soleh
Ibarat api meleburkan besi
Takutilah syirik kerana ia menghapuskan
seluruh ibadah dan kebajikan
Hindarkanlah nama dan glamour di dalam beramal
Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah
Semuanya rosak tidak boleh dimakan
Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan
Semuanya sekali rosak
Menjaga amal lebih susah daripada beramal
Periksalah hati, adakah di dalamnya mazmumah?
Ia adalah ibarat racun maknawi di dalam kebaikan
Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi
Kebaikan dianggap kejahatan
Awasilah mazmumah
Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, ‘Eh! orang ini tidak mengenang budi!’
Keikhlasannya ditarik semula
Ya Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu
Sunday, July 12, 2009
Takutilah Perosak Amalan
Related Posts:
Ayat Pertama Surah Al Fatihah - Bismillahirrahmaanirrahiim Dalam hidup kita, ada atau tidak, pada setiap hari seseorang yang memberitahu kita bahawa dia terlalu sayang dan terlalu pemurah kepada kita? Kita mungkin terfikirkan orang tersebut boleh jadi adalah ibu, suami atau is… Read More
7 KATEGORI KEZALIMANAda perkara yang selalu orang sebut-sebut di hadapan kita, bahkan orang ramai sebut iaitu tentang penzaliman. Ada ayat Qur’an yang pendek yang berkait dengan perkara ini : "Tuhan tak menzalimi mereka itu tetapi merekalah (man… Read More
BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABARBila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya; “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bers… Read More
KASIH SAYANG AMAT TINGGI NILAINYA DALAM ISLAM Petikan:” Islam membawa keselamatan dan keamanan dan kedamaian. Peperangan bukan perkara utama, sebaliknya ia seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Ini adalah kerana di dalam Islam keutamaan ialah menawan hati orang yang kenal d… Read More
TEGAS DENGAN PRINSIPTegas dengan prinsip ialah seorang Islam yang kuat berpegang dengan agamanya yang sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhi… Read More
0 comments:
Post a Comment