Marilah kita bersama-sama mencari Tuhan
Carilah Tuhan hingga dapat
Kita jadikan Tuhan kawan setia
Bersama-sama mencari Tuhan
tidak akan timbul pergaduhan
Bahkan akan terjadi satu haluan sesama insan
Akhirnya setelah bersama mendapat Tuhan
Akan terjadi berkasih sayang sesama manusia
Bersama mencari Tuhan tidak ada pertarungan
Tidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnya
Sentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhan
Hasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkan
Ia tidak akan terjadi pada manusia
yang bersama-sama memburu Tuhan
Memburu dunia tidak semua dapat
Ada yang dapat ada yang tidak
Memburu Tuhan sama-sama dapat,
tidak ada yang kecewa
Memburu dunia banyak yang kecewa
Hatta yang dapat dunia
dan nikmatnya juga kecewa
Mendapat dunia menjemukan
Mendapat Tuhan tidak menjemukan
Dapat dunia tidak membahagiakan
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Dapat dunia hanya sebahagian
Mendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi
Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa
Sama ada kita meninggalkan dia
Atau dia meninggalkan kita
Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita
Mendapat Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia
Monday, July 6, 2009
Home »
Minda Tajdid
» Marilah Bersama-sama Mencari Tuhan
Marilah Bersama-sama Mencari Tuhan
Related Posts:
Kuliah Kepimpinan 3:PERINGKAT-PERINGKAT PENGIKUT TERHADAP SESEORANG PEMIMPINDalam ajaran Islam, mentaati dan menghormati pemimpin itu memang disuruh dan diperintahkan agar mudah para pemimpin itu memimpin, mendidik, mengasuh, mengarah dan mengajak membuat kerja-kerja di dalam sebuah negara atau di da… Read More
PEMBANGUNAN MATERIAL/FIZIKAL DAN INSANIAHManusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini, mereka memerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapan hidup. Untuk menyempurnakan kehidupan mereka dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanya atau alam syahadah … Read More
Kuliah Kepimpinan 1:TANGGUNGJAWAB SETIAP PEMIMPIN UMAT ISLAM DI GOLONGAN MANAPUN YANG DIA PIMPINApabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam, terdapat berbagai-bagai peringkat dan pemimpin di pelbagai bidang dan jurusan. Dari kalangan mereka, ada yang menjadi pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpi… Read More
GOLONGAN-GOLONGAN DI KALANGAN UMAT ISLAM TERHADAP PERJUANGANApabila kita mengatakan perjuangan ertinya adanya sebuah jemaah yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu sejauh ya… Read More
Kuliah Kepimpinan 2:SIKAP PEMIMPIN TERHADAP ANAK BUAHNYATANGGUNGJAWAB ASAS PEMIMPIN: Satu perkara penting yang mesti diingat ialah tujuan pemimpin mendekati anak buahnya mestilah atas dua dasar, iaitu: 1. Untuk mendidik Secara langsung atau tidak, sama ada secara cakap atau sikap… Read More
0 comments:
Post a Comment