Sunday, July 19, 2009

Kuliah Solat 7:Kenalah Jaga /SolatSembahyang Sungguh-sungguh

Oleh kerana sembahyang fardhu lima waktu adalah ibu segala ibadah, tiang agama, pembangun insaniah dan umat, maka sembahyang hendaklah istiqamah mengerjakannya. Dijaga sungguh-sungguh roh sembahyang itu bahkan kalau boleh sekalipun perkara yang sekecil-kecilnya hendaklah dipelihara seperti mempertahankan sunatnya, jauhi yang makruh di dalam sembahyang, sembahyang di awal waktu, pertahankan sembahyang jemaah, luruskan saf, rapat-rapat ketika sembahyang jemaah.
Kemudian jauhi bersembahyang di tempat di mana bangunan yang dibina daripada duit haram atau syubhat, kosongkan tempat sembahyang dari perkara yang boleh mengganggu fikiran kita ketika mengerjakan ibadah sembahyang seperti jangan ada di dinding masjid atau surau gambar-gambar yang boleh melalaikan kita.
Tempat sujud biarlah kain putih, jauhi daripada tempat sujud yang ada gambar pemandangan yang boleh mengalih fikiran dan perasaan kita agar kita benar-benar dapat membuat penumpuan kepada kerja sembahyang.
Begitulah juga jauhi daripada bersembahyang di tempat yang sibuk, tempat lalu-lalang orang, tempat hingar-bingar, hirukpikuk yang boleh mengganggu kekhusyukkan kita di dalam sembahyang, yang boleh mengganggu kita untuk menghayati sembahyang sepenuhnya agar sembahyang kita itu benar-benar membina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita. Agar
sembahyang betul-betul mendidik kita hingga boleh mengubah sikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada baik.

PERASAAN YANG PATUT TIMBUL KETIKA BERSEMBAHYANG
Rasa takut, rasa bimbang, rasa malu, rasa gementar, rasa hina diri, rasa lemah dan dhaif, meminta, mengharap, mensucikan dan mentaqdiskan Tuhan, membesarkan-Nya, merindui, bermanja-manja, merasa dilihat-Nya, merasa didengar-Nya, merasa dikuasai-Nya, rasa diketahui-Nya, memenuhi lubuk hati kita. Dengan cara itu subur jiwa tauhid kita dan sekaligus dapat menghidupkan jiwa kehambaan di dalam jiwa kita dan dengan itu ruang-ruang yang mengganggu dan melalaikan kita tertutup habis. Maka oleh yang demikian sembahyang itu semakin lama makin memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan sikap serta perilaku kita.

Related Posts:

  • Hati MukminMengalirlah air mata mukmin atau mengalirlah air mata hatinya bila mengingat Tuhannya Malunya hati mukmin bila mengenang Rahim dan Rahman Tuhan, anugerah dan pemberian-Nya Remuk-redamlah hatinya bila teringat Qahhar dan Jabba… Read More
  • Mujahadah Dan IstiqamahOrang yang bilamana dia hendak membuat sesuatu amalan, terasa payah, diusaha-usahakannya, ditekan-tekan nafsunya, dipujuk-pujuk hatinya, maka orang ini termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah. Orang mujahadah disebut … Read More
  • Orang Mukmin yang Baik itu UnikOrang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan Bahkan didoakan orang yang membuat ja… Read More
  • Hamba yang Jiwanya BersihJika seorang hamba itu ilmunya cukup Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin Kelihatan orangnya tenang Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana dan lemah lembut Wibawanya ting… Read More
  • JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN KESANNYA PADA PERIBADI SESEORANGJika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah seperti berikut: Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu, ia akan meng… Read More

0 comments:

Post a Comment