Mengalirlah air mata mukmin
atau mengalirlah air mata hatinya
bila mengingat Tuhannya
Malunya hati mukmin
bila mengenang Rahim dan Rahman Tuhan,
anugerah dan pemberian-Nya
Remuk-redamlah hatinya
bila teringat Qahhar dan Jabbar-Nya
Kecut perutnya
bila teringat hukuman dan azab-Nya
Resah gelisah jiwanya
bila melakukan dosa
Sedih hatinya
bila lalai dengan Tuhannya,
kemudian sedar semula
Tidak tentu arah rasa hatinya
bila terbuat kesalahan dan kesilapan
Hati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya,
tapi tenang dengan dunianya
Jiwanya sentiasa sahaja bergelombang
terhadap Tuhannya
Jiwanya bagaikan air lautan tidak pernah tenang
Kalaulah bukan kerana ada kewajipan masyarakat
yang patut dipertanggungjawabkan
Sudah tentu mereka suka bersendirian
Atau membawa diri berkelana bersama Tuhannya
Atau menyisihkan dirinya dari masyarakatnya
Kerana terlalu memikirkan diri terhadap Tuhannya
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa gundah-gulana
Oleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lain
Kerana terlalu memikirkan nasib dirinya
Sunday, July 5, 2009
Hati Mukmin
Related Posts:
BUKTI- BUKTI SUSAHNYA MELAWAN NAFSU Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar." Para Sahabat bertanya: "Peperangan apakah itu ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Perang melawan nafsu." (Riwayat Al Bai… Read More
TEGAS DENGAN PRINSIPTegas dengan prinsip ialah seorang Islam yang kuat berpegang dengan agamanya yang sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhi… Read More
SOLAT DAPAT MEMBINA PERIBADI DAN TAMADDUN YANG AGUNG KEKUATAN SESUATU BANGSA Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat mereka yang jauh lebih tinggi dari bangsa-bang… Read More
ROH: APAKAH MAKANAN UNTUK MENYIHATKANNYA? Sabda Rasululah SAW: Maksudnya: "Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh)." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ha… Read More
ANTARA NIAT DAN SIKAP Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Bua… Read More
0 comments:
Post a Comment