Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber kebaikan
dan kejahatan
Wadah kekufuran dan keimanan
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Hati perasaannya halus
Sentuhannya tiada terasa
Tapi sangat memberi kesan
di dalam kehidupan kita
Siapa yang arif perjalanan hatinya
Faham kebaikan dan kejahatannya
Bersungguh-sungguh bermujahadah
membuang kejahatannya
Diganti segera dengan kebaikan
Orang itu akan selamat dari tipu daya
syaitan dan dunia
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya
sekalipun ulama
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya
Kemudian merasakan baik semuanya
Tiada terasa lagi membuat dosa
Di sinilah perlu pimpinan guru
yang mengenal hati manusia
Wednesday, July 8, 2009
Home »
Bisikan Hati
» Renunglah Selalu Hati Kita
Renunglah Selalu Hati Kita
Related Posts:
LAGU RINTIHAN SEORANG HAMBARintihan Seorang Hamba Orang Mukmin yang sejati, jika terbuat dosa, hatinya luka punah Sedih dan derita, Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa, Kalau ia anggota lahir tentu nampak berdarah, Kalaupun sembuh dari… Read More
AIR MATA TAUBAT"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100… Read More
MARI BERTAFAKUR DAN MUHASABAH DIRIMari kita sama-sama tafakur, merenung sekejap ke dalam diri kita. Rasakan di hati kita bahawa kita ini hamba Allah yang maha dhaif, lemah dan hina. Buktinya: 1. Bolehkah kita elak diri kita dari sakit? Kalau terkena atau ter… Read More
RINTIHAN AIR MATA HAMBA YANG BERTAUBAT "Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 10… Read More
AKU PASRAH: TELAH KU LIHAT JALAN KEBENARAN INI Tuhanku, Kini aku pasrah , Pada takdirMu ke atas ku, kerna telah ku lihat jalan kebenaran itu.. Telah terdampar luas di hadapanku. Akan ku gengam kebenaran ini seeratnya, Biarpun hati terluka, biar juga jasad terlulur. Tuh… Read More
0 comments:
Post a Comment