Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada, roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan
yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya)
ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit
tapi murni (ikhlas)
daripada banyak, ikhlasnya tidak ada
tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita
ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan
hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya
ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima
Tanda seseorang itu ikhlas di antaranya:
1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji hati tidak berbunga, dikeji hati tidak pula derita.
2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama aja.
3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.
4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.
5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya.
6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.
7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau dia dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba memanglah ada cacat celanya.”
8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia.
9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
10. Kalau dia dipuji dia rajin atau buat, kalau dia dicaci dia tidak rajin atau tidak buat.
11. Kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.
12. Di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak,
jika seorang dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.
Untuk kita dapat tahu kita ini
ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas
padankan yang 12 tadi dengan hati kita
Tuesday, July 7, 2009
Home »
Minda Tajdid
» Ikhlas Roh Ibadah
Ikhlas Roh Ibadah
Related Posts:
Cara Memberi Kasih Sayang Yang TepatSebenarnya untuk mendidik rakyat, anak-anak dan murid-murid, memang tidak terlepas dari kasih sayang sebab ia merupakan keperluan. Bagaimanapun kasih sayang itu bukan atas dasar akal, nafsu atau perasaan. Pendapat akal itu me… Read More
UTAMAKAN PROGRAM TUHANAda orang yang berpendapat, kita akan terkongkong atau hilang kebebasan bila ikut dengan peraturan Tuhan. Padahal dalam kehidupan manusia tidak lepas dari peraturan. Bila tidak ikut dengan peraturan Tuhan ertinya ikut dengan … Read More
KOMUNIKASI ROHKetika Sayidina Umar Al Khattab memegang tampuk pemerintahan Islam yang berpusat di Madinah, beliau telah menghantar utusan kepada Yazdajird, Raja Parsi, menyerunya agar memeluk Islam. Malangnya seruan itu ditolak. Yazdajird … Read More
SIAPAKAH YANG LAYAK MENDAPAT BANTUAN DARI ALLAH?Apabila manusia sudah tiada nyawa maka ia dipanggil mayat. Iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah dalam tempoh yang sangat singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang… Read More
Niat-Perkara Tersembunyi Tetapi Memberi Kesan Yang Besar Niat adalah sesuatu perkara jarang-jarang diperkatakan. Isu niat tidak diperbesarkan-besarkan mungkin ianya bukan perkara yang komersial, tidak memberi untung kepada individu, keluarga, masyarakat, bangsa atau sesebuah negar… Read More
0 comments:
Post a Comment