Sunday, July 5, 2009

Manusia Kehilangan Kebahagiaan

Di antara yang sudah hilang di sisi manusia ialah kebahagiaan
Orang kaya sudah hilang kebahagiaan, orang miskin pun sudah hilang kebahagiaan
Orang yang berilmu sudah tidak bahagia orang jahil pun tidak bahagia
Yang ada nama dan glamour pun tidak ada bahagia yang tidak ada pun tidak ada bahagia
Orang yang berpangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan
Yang tidak ada pangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan
Kerana kebahagiaan itu adalah makanan jiwa
Kalau tidak ada manusia menderita
Setiap insan berusaha mencari
Orang bandar pergi ke kampung mencari bahagia
Orang kampung pergi ke bandar mencari bahagia
Yang tinggal di tepi laut pergi ke darat mencari bahagia
Orang yang tinggal di darat pergi ke tepi laut mencari bahagia
Bahkan berbagai cara manusia mencari bahagia
Ada yang pergi ke hutan
ada yang pergi melihat air terjun
Ada yang pergi ke padang pasir,
ada yang pergi ke tempat banyak bahaya
Bahkan ada orang yang mendaki gunung
menurun lurah hingga terjatuh
Namun kebahagiaan tidak juga diperolehi
Manusia lupa kebahagiaan itu bukan benda luaran
Kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiri
Hidupkan hati rasa bertuhan, bangunkan jiwa rasa kehambaan
Cintakan Tuhan setiap ketika dan masa
Sembah, sanjung dan besarkan Dia setiap masa
Jadikan Tuhan kawan setia
Bawa dia ke mana-mana dan meminta dan bermanja-manjalah dengan-Nya
Itulah dia rahsia kebahagiaan setiap insan

Related Posts:

  • Pembangunan Jiwa Asas Kepada pembangunan AkhlakMembangunkan jiwa(ertinya)membersihkannya daripada sifat-sifat mazmumah(sifat-sifat batin yang terkeji seperti bakhil,sombong, tamak, cinta dunia,hasad dengki, adu domba dan lain-lain, kemudian digantikan dengan sifat-sifat m… Read More
  • Manusia Kehilangan KebahagiaanDi antara yang sudah hilang di sisi manusia ialah kebahagiaan Orang kaya sudah hilang kebahagiaan, orang miskin pun sudah hilang kebahagiaan Orang yang berilmu sudah tidak bahagia orang jahil pun tidak bahagia Yang ada nama d… Read More
  • Manusia Ditimpa Penyakit JiwaDi akhir zaman banyak manusia ditimpa penyakit jiwa Jiwa tidak tenang sekalipun sudah berkuasa dan kaya Sudah ternama, sudah glamour, sudah dikenal Di waktu itu segala yang dimiliki tiada memberi faedah apa-apa Duduk di rumah… Read More
  • Mengapa ada ulamak tidak takutkan Tuhan? Dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: "Yang paling takut kepadaKu di kalangan hamba-hambaKu ialah ulamak." Al-Fathir:28 Ayat ini jelas menunjukkan yang paling takut kepada Allah adalah ulamak. Ilmu yang ada pada ulamak … Read More
  • Jihad Menegakkan Islam Melalui Kasih SayangIslam tidak akan tegak kecuali melalui jihad atau perjuangan.Namun bukan mudah untuk memperjuangkan kebenaran. Sebelum melangkah ke gelanggang perjuangan terlebih dahulu mesti memiliki ilmu dan kefahaman tentang perjuangan. B… Read More

0 comments:

Post a Comment