Setelah kita mengkaji, menganalisa di sudut ilmu yang ada hubungan dengan sembahyang, sama ada di segi lahir mahupun di segi batin, yang ada kaitannya dengan jasmani, mahupun maknawi dan rohani, zikir, doa dan lain-lain lagi, setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawa sembahyang itu benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belum lagi sesiapa yang Allah Taala anugerahkan dia dapat benar-benar hayati sembahyang itu. Jika sembahyang itu dapat dijiwai, kita akan merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hati, mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembahyang itu membangunkan jiwa dan mental serta kita bermusafir dalam sembahyang itu, lebih-lebih lagilah kita akan terasa benar bahawa sembahyang itu sungguh agung. Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti berikut:
1. Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung.
2. Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.
3. Akan melahirkan peribadi yang kuat dan agung akhlaknya.
4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya.
5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya daripada mazmumah.
6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya daripada maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit.
7. Akan melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.
Gabungan individu-individu ini akan lahirlah satu bangsa yang agung. Agung keyakinannya, agung imannya, agung akhlaknya, agung disiplinnya, bersih kehidupan mereka daripada maksiat dan mungkar, agung perpaduannya dan agung kebudayaannya. Dan Allah Taala akan jadikan bangsa-bangsa lain untuk tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agung ini telah dinaungi oleh Allah Taala yang Maha Agung, kesan daripada didikan sembahyang yang agung itu. Begitulah peranan sembahyang.
Friday, July 17, 2009
Kuliah Solat 4: Peranan Solat/Sembahyang
Related Posts:
ANTARA SEBAB SESEORANG MENDAPAT HIDAYAH Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari sanalah sebagai titik tolak seseorang itu masuk Islam.Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk mendapatkan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Is… Read More
DUNIA DAN AKHIRAT:YANG MANA PATUT DIAULAKAN(DIUTAMAKAN)Tidak ada manusia yang dapat menolak bahwa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini paling lama manusia dapat hidup menurut umur dunia, 150 tahun. Setelah itu semua orang percayakan mati, selepas mati per… Read More
BAHAGIA HAKIKI HANYA BILA MANUSIA MENYINTAI TUHANNYA. CINTA PALSU BILA MANUSIA MENYINTAI MANUSIASebelum tajuk ini dikupas, terlebih dulu dihuraikan erti bahagia. ERTI BAHAGIA 1. Bahagia itu bersifat rohaniah. Ia bersifat kejiwaan. 2. Bahagia itu adalah rasa atau perasaan. Ia tidak bersifat fizikal. 3. Apabila ia dikata… Read More
MENGAPA ALLAH JADIKAN MANUSIADALAM memperkatakan manusia dan ibadahnya kepada Allah S.W.T perlulah kita fahamkan maksud sebenar mengapa Allah menjadikan manusia dan menghidupkannya di mayapada ini. Kalau sekadar untuk mewujudkan makhluk-makhluk yang teru… Read More
BALA MAKNAWI(BATIN) LEBIH MERBAHAYA DARIPADA BALA HISSI(ZAHIR) Tidak ada di kalangan manusia yang suka kepada bala atau bala bencana. Kerana bala itu sangat menyusahkan manusia.Lantaran itulah manusia susah hati dengan bala. Walaupun demikian tidak ada di kalangan manusia sama ada seca… Read More
0 comments:
Post a Comment