Sunday, July 12, 2009

Bagaimana Manfaatkan Dunia

Hakikatnya dunia ini adalah kotor
Ia adalah ibarat najis dan bangkai
Najis dan bangkai benda yang busuk dan menjijikkan
Kalau orang fahamlah bahawa najis itu adalah najis
Bahawa bangkai itu adalah bangkai, siapa hendak?
Tapi Tuhan telah takdirkan manusia hidup di dunia
Hidup di dunia sementara waktu
Akhirnya ke Akhirat semuanya
Tuhan menyuruh hamba-hamba-Nya
Pandai-pandailah menggunakan najis dan bangkai
Bagaimana menggunakan najis dan bangkai itu?
Kita gunakan najis dan bangkai itu
untuk membaja pokok Akhirat
Ertinya kita jadikan dunia itu Akhirat
Maka dia telah bernilai Akhirat, bukan nilai dunia lagi
Kerana itu Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia itu adalah tanam-tanaman ke Akhirat.”
Maksudnya dunia yang asalnya bangkai dan najis
Kita jadikan baja untuk tanaman Akhirat
Ertinya bangkai dan najis telah dimanfaatkan
Kalau ia tidak dijadikan baja untuk tanaman Akhirat
Ia tidak jadi Akhirat
Ia tetap jadi dunia semata-mata yang tidak ada harga
Alangkah jeliknya dunia yang tidak jadi Akhirat
Adalah najis dan bangkai
Manusia berebut-rebut hingga bergaduh
Merebut najis dan bangkai
Kerana itulah kitab ada menyatakan:
“Dunia yang tidak jadi Akhirat, ia adalah bangkai,
Yang menuntut bangkai itu adalah anjing.”
Ertinya, manusia yang memburu dunia
yang tidak jadi Akhirat
Seperti anjing memburu bangkai

Related Posts:

  • PENDAKWAH ATAU PENDAKYAH?Mari kita bincangkan sedikit di sini tentang isu PENDAKWAH ini. Di antara para pejuang ialah pendakwah dan penceramah. Pendakwah dan penceramah wajib mengenalkan Tuhan kepada manusia agar Tuhan disembah, dicintai, ditakuti, d… Read More
  • MARI KITA GEMILANGKAN KEMBALI ISLAMPada era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti deng… Read More
  • IKUTLAH DISIPLIN TUHAN SEPANJANG HARIRenungan: *Apabila bangun tidur sahaja di waktu Subuh, mulakanlah dengan Tuhan. Ingatlah Tuhan. Dia adalah Kawan Setiamu. *Apabila nanti kamu menyembah-Nya di dalam solatmu, engkau akan mudah mengingatinya. Engkau akan rasa… Read More
  • PERJUANGKAN ISLAM DENGAN INDAHJika kita ingin memperjuangkan Islam, janganlah sekadar bercakap-cakap sahaja, menunggu kuasa jatuh ke riba atau orang ramai mengundi kita, tetapi Islam itu perlulah kita mulakan dari dalam diri kita sendiri dahulu, kemudian … Read More
  • RAHMAT TUHANKeredhaan Tuhan itu penting. Buatlah apa saja asal mengharapkan keredhan Tuhan. Jika Tuhan sudah redha maka yang lain tidak ada nilainya. Mengharap rahmat dan keredhaan Tuhan itu penting. Lupakan saja segala amal kebaikan, se… Read More

0 comments:

Post a Comment