This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, June 28, 2009

Janji Besar Akhir Zaman: Akan Berlaku Tidak Lama Lagi

Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi...

Wednesday, June 24, 2009

Pemerintahan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz

PEMERINTAHAN SAIDINA UMAR IBNU ABD AZIZ Lim Guan Eng(LGE), pada peringkat awal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, ada menyebut bahawa pemerintahan negeri mahu meniru model pemerintahan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz(SUIAA). Membaca sejarah kejayaan SUIAA memang terasa keindahannya, Terutama bagi mereka yang melihat kejayaan SUIAA dalam aspek sosio-ekonomi. Sejarah memaparkan betapa zaman SUIAA itu rakyatnya aman damai, harmoni serta makmur. Pencapaian...

Perpaduan Tetap Gagal Dari Pencetus Perpecahan

Nampaknya krisis dan perpecahan dikalangan masyarakat kita semakin serius. Tidak perlu disebut kesnya satu persatu, cukup sekadar melihat kepada situasi banyaknya pihak yang mengajak kepada perpaduan. Lojiknya kalau masyarakat sudah bersatu padu, apa perlunya laungan perpaduan bergema disana sini? Malah yang malangnya, pencetus krisis dan perpecahan turut lantang melaungkan seruan perpaduan. Krisis, permusuhan, sengketa, perpecahan, bahkan peperangan...

Seni Kata Putus

“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya. Kasihan. Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali. “Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya. “Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti,...

Kategori Kasih Sayang

1. Mencintai saudaranya lebih dari diri sendiri Inilah taraf tertinggi dalam ukhwah atau berkasih sayang. Dan taraf inilah yang berlaku di kalangan para Sahabat. Terbukti bagaimana Kaum Ansar yang sanggup membahagikan sama banyak apa saja yang mereka miliki untuk Muhajirin. Kalau sedikit, sama-sama dapat sadikit. Kalau banyak, sama-sama dapat banyak. Oleh kerana para Sahabat sangat mencintai Tuhan, maka mereka juga sangat berkasih sayang kerana...

PAS Belum Di Bantu Oleh Tuhan Dan Belum Menjadi Pilihan Masyarakat

(1)Tuhan sebut dalam Al Quran dengan maksud, ‘Akan ditimpa kehinaan dimana saja kamu berada kecuali kamu melaksanakan Hablumminallah dan Hablumminannas.’ Inilah rangkuman ajaran Islam yang syumul itu. Ini juga ajaran yang sesuai dengan ciptaan fitrah manusia yang mengandungi unsur roh, akal, nafsu dan jasad. Tanpa huraian yang panjang, memadai rasanya dinyatakan disini bahawa manusia tidak dapat lari dari dua aspek rohaniah dan material. Kedua-duanya...

Suami Isteri: Toleransi Dan Redha Meredhai

Suami ada kewajipan dan tuntutan keatas isteri dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, Jika gagal dalam menunaikan kewajipan masing-masing maka kedudukannya berdosa. Oleh yang demikian, bermodalkan takut dan cintakan Tuhan atau iman dan taqwa, suami isteri hendaklah semaksima mungkin, seberapa sempurna yang mungkin, sebaik mungkin melunaskan segala tanggung-jawab. Bukan boleh sambil lewa atau acuh tak acuh kerana Allah akan persoalkan di akhirat...

Monday, June 22, 2009

Mujahadah Dan Istiqamah

Orang yang bilamana dia hendak membuat sesuatu amalan, terasa payah, diusaha-usahakannya, ditekan-tekan nafsunya, dipujuk-pujuk hatinya, maka orang ini termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah. Orang mujahadah disebut juga sebagai orang soleh. Nak buat amalan baik, terpaksa berhempas pula melawan nafsu. Kena dipaksa-paksa diri untuk membuat suruhan Tuhan dan meninggalkan larangan Tuhan. Pada satu peringkat, bila mujahadah dilakukan secara...

Sikap Tawadhuk Yang Perlu Dicontohi

Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya. Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.” Abuya Syeikh Ashaari berkata: “Orang sombong itu...

Kaedah Dalam Berjuang

Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan ilmu itu, kena difahami. Dengan faham, baru boleh melaksanakan. Mana mungkin mudah-mudah kita nak berdakwah dan berjuang, tanpa ilmu dan faham agama. Itu sebab banyak orang kita termasuk ulamak ada yang tersasar dalam berjuang. Sebab ilmu tak tepat, jauh sekali dari faham. Di bawah ini adalah sedikit panduan sebagai...

Saturday, June 20, 2009

Tanda Orang Yang Kenal Tuhannnya

Ada orang mengatakan yang dia kenal Tuhan. Ada orang mengatakan yang dia cinta Tuhan. Benarkah begitu? Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu sebenarnya baru tahu tentang Tuhan. Belum tentu kenal lagi. Setakat menceritakan, ramai yang bukan Islam boleh cerita tentang Tuhan. Malah Tuhan menjadi bahan kajian mereka. Apakah orang bukan Islam itu mengenali Tuhan? Untuk test orang itu kenal...

Rasa-rasa di Dalam Istiqhfar

Beristighfar itu adalah perkara biasa yang kita lakukan selepas sembahyang. Ianya seperti sudah menjadi kelaziman. Walaupun ia bukan wajib, tapi seolah-olah menjadi kewajiban. Apa yang sebenarnya dituntut daripada istighfar itu, mungkin ramai yang tidak tahu. Mari kita memperkatakannya. Istighfar selepas sembahyang itu bukan sekadar lafaz sahaja. Tapi apa yang dituntut daripada istighfar ini adalah hati yang beristighfar. Mulut menyebut, hati merasa....

Jalan Yang Lurus

Apa yang kita minta di dalam sembahyang adalah besar. Banyaklah yang kita minta, tetapi tulisan ini ingin memfokuskan tentang apa yang kita diwajibkan minta di dalam surah Al-Fatihah. Itulah dia “ihdinassiratal mustaqim” ataupun maksudnya adalah tunjukilah kami jalan yang lurus. Besarnya doa ini, kita diwajibkan membacanya setiap kali di dalam sembahyang sebanyak 17 kali sehari. Besarnya doa ini tidak didahulukan ia melainkan setelah kita memuji-muji...

Monday, June 15, 2009

Keagungan dan Kebesaran Islam (I)-Pendapat Kebanyakkan Manusia

Rasulullah SAW diutus oleh Allah ke dunia ini dengan membawa agama Islam. Beliaulah disebut sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Agama Islam yang diberikan Allah kepada Rasulullah SAW adalah untuk memimpin umat manusia ini. Allah berfirman di dalam Al Quran: “Dan tidaklah Aku mengutus Engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada semesta alam.” (QS Al Anbiyaa’ 107) Ayat ini menyatakan bahwa rahmat yang dibawa oleh Rasulullah itu...

Keagungan dan Kebesaran Islam (2)-Pendapat Yang Sebenarnya

Sebenarnya letak keagungan dan kebesaran Islam itu adalah bahwa setelah didatangkan Rasulullah SAW, barulah manusia dapat mengenal Allah dengan tepat melalui sifat-sifat-Nya, misalnya melalui sifat Rahman-Nya dan Rahim-Nya, melalui sifat Qadim-Nya dan lain-lain. Ertinya setelah Rasulullah didatangkan barulah manusia ini dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya yang sebelum kedatangan Rasulullah SAW manusia hanya tahu tentang adanya pencipta bumi...