Sunday, June 7, 2009

KELEBIHAN MENGUCAP SELAWAT KEATAS NABI S.A.W.

Allah Ta'ala berfirman di dalam Quran:

Artinya: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi itu (Muhammad), wahai mereka yang beriman, banyakkanlah olehmu mengucapkan selawat dan salam keatasnya." (Quran)

Syeikh At Taimi telah meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Artinya: "Banyakkanlah mengucap selawat kepadaku karena mengucap selawat kepadaku itu ialah menjadi kafarah (yaitu menebus dosa) dan zakat bagimu. Maka barangsiapa mengucap selawat kepadaku sekali niscaya Allah Ta'ala memberi selawat kepadanya sepuluh kali."

Dan telah diriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Tiga jenis manusia akan berada didalam lindungan Tuhan yang Maha mengasihani lagi Maha tinggi pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan padaNya (Tuhan)", lalu Rasulullah s.a.w. telah ditanya: "Siapakah mereka itu, hai Rasulullah?" Jawabnya: "Mereka itu ialah orang yang menghilangkan kesusahan daripada orang yang susah di antara umatku dan orang yang menghidupkan syariatku dan orang yang banyak mengucap selawat bagiku."

Dan telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. lagi bahwa ia telah bersabda:

Artinya: "Barangsiapa menulis selawat bagiku di dalam sebuah kitab niscaya malaikat-malaikat akan senantiasa memintakan ampun baginya selagi tulisan namaku itu ada di dalam kitab itu."

Related Posts:

  • Tentang NazakBaginda Rasullullah S.A.W bersabda : “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kak… Read More
  • Buatlah Ibadah Kerana TuhanUmpama seorang yang kita cukup kenal, katakanlah dia itu kekasih kita. Dia buat baik kepada kita, buat suruhan kita, bukan kerana sayang kepada kita, bukan kerana cinta kita, tetapi dia ada target lain. Dia nakkan duit kita r… Read More
  • Ummatii….Ummatii…ummatii.. Ketika Rasulullah SAW menjelang kewafatannya, Beliau sedang terbaring di tempat tidurnya di dalam rumahnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk ?” tanyanya. Tapi Saidatin… Read More
  • Sikap Tawadhuk Yang Perlu Dicontohi Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong terseb… Read More
  • ILMU ISLAM - 2SYARIAT Apa itu syariat? Syariat adalah dari bahasa Arab. Ia ada bermacam-macam maksud dan erti, berdasarkan kedudukannya atau fungsinya, iaitu: - Adakalanya disebut jalan. - Adakalanya disebut undang-undang. - Adakalanya dis… Read More

0 comments:

Post a Comment