Nampaknya krisis dan perpecahan dikalangan masyarakat kita semakin serius. Tidak perlu disebut kesnya satu persatu, cukup sekadar melihat kepada situasi banyaknya pihak yang mengajak kepada perpaduan. Lojiknya kalau masyarakat sudah bersatu padu, apa perlunya laungan perpaduan bergema disana sini? Malah yang malangnya, pencetus krisis dan perpecahan turut lantang melaungkan seruan perpaduan.
Krisis, permusuhan, sengketa, perpecahan, bahkan peperangan biasanya berpunca dari kalangan orang politik, samada orang politik berparti mahu pun orang yang memiliki political minded, diantaranya:
1. Melalui kata-kata atau lisanul maqal. Contohnya menuduh, mengugut, memfitnah, mengadu domba, menghasut, mengumpat, mengutuk, mencerca, mencaci maki dan seumpamanya. Pihak yang kena akan cuba membela diri dengan cara yang sama. Akibatnya timbul kebencian antara satu sama lain.
2. Melalui sikap atau tindak tanduk atau lisannul hal. Seperti kronisma, double standard, bias atau berat sebelah, prejudis, ego, sombong, zalim dan menindas. ekploitasi, diskriminasi dan sebagainya. Kesan dari lisanul hal ini lebih berat kerana pihak yang kena akan memendam rasa dan bila-bila masa akan bertindak balas dengan cara sikap juga. Sukar untuk dipulihkan kerana sikap dendam amat payah untuk dipadamkan.
3. Gabungan kedua-dua cara diatas yakni lisanul maqal dan lisanul hal. Inilah yang paling berat dan sukar untuk diatasi. Boleh membawa kesan hingga keperingkat berbunuhan antara dua orang, dua pihak dan dua negara.
Biar dari bentuk mana sekali pun apa yang jelas,krisis dan perpecahan datangnya dari satu faktor saja iaitu cinta dunia. Orang yang cinta dunia sanggup berbuat apa saja hatta membunuh keluarga sendiri. Demi mencapai matlamat duniawi,manusia sanggup menjadikan kawan kawan sebagai musuh dan sebaliknya. Apa saja yang dilakukan semuanya menjurus kepada mencapai cita-cita dan memenuhi kehendak duniawi. Tiada keikhlasan, sebaliknya yang subur ialah kepentingan.
Cintakan Tuhan membawa kasih sayang yang suci murni. Hidup berkasih sayang akan membawa perpaduan yang sejati serta utuh. Kemuncaknya sanggup korbankan nyawa demi orang lain kerana Tuhan. Kasih sayang juga amat mudah dapat dicetuskan apabila adanya pemimpin kasih sayang yang juga selaku pengikat antara hati manusia.
Kasih sayang amat mudah disebut, namun memenuhi ciri-ciri kasih sayang itu tidak mudah. Sebab itu kasih sayang juga sukar terjadi, akibatnya perpaduan juga sukar berlaku. Diantara ciri2 kasih sayang:
1. Lemah lembut dalam sikap dan kata-kata.
2. Mudah mesra dan mudah dimesrai.
3. Rasa bersama dan sangat bekerjasama.
4. Prihatin dan sangat peka terhadap hal ehwal orang lain.
5. Sangat saling menyelamat, membela dan menghiburkan.
6. Mudah berpakat dan bermufakat serta mudah seia sekata.
7. Sangat berlapang dada dan bertoleransi dalam perkara yang dibolehkan.
8. Saling mengenang budi dan jasa.
9. Masing-masing sangat mengorbankan perasaan.
10. Sangat pemaaf.
11. Saling doa mendoa.
Rakyat yang bertaqwa bermula daripada pemimpin yang bertaqwa. Bagitulah fakta sejarah. Para Rasul adalah figure yang bertaqwa diutus Tuhan terlebih dulu, barulah kaumnya menuruti para Rasul tersebut. Maka terjadilah penduduk disuatu tempat itu bertaqwa keseluruhannya. Apabila itu berlaku, maka Tuhan tunaikan janjiNya seperti yang disebut dalam firmanNya dengan maksud “Apabila penduduk suatu tempat itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan buka pintu berkat dari langit dan bumi”.Krisis, permusuhan, sengketa, perpecahan, bahkan peperangan biasanya berpunca dari kalangan orang politik, samada orang politik berparti mahu pun orang yang memiliki political minded, diantaranya:
1. Melalui kata-kata atau lisanul maqal. Contohnya menuduh, mengugut, memfitnah, mengadu domba, menghasut, mengumpat, mengutuk, mencerca, mencaci maki dan seumpamanya. Pihak yang kena akan cuba membela diri dengan cara yang sama. Akibatnya timbul kebencian antara satu sama lain.
2. Melalui sikap atau tindak tanduk atau lisannul hal. Seperti kronisma, double standard, bias atau berat sebelah, prejudis, ego, sombong, zalim dan menindas. ekploitasi, diskriminasi dan sebagainya. Kesan dari lisanul hal ini lebih berat kerana pihak yang kena akan memendam rasa dan bila-bila masa akan bertindak balas dengan cara sikap juga. Sukar untuk dipulihkan kerana sikap dendam amat payah untuk dipadamkan.
3. Gabungan kedua-dua cara diatas yakni lisanul maqal dan lisanul hal. Inilah yang paling berat dan sukar untuk diatasi. Boleh membawa kesan hingga keperingkat berbunuhan antara dua orang, dua pihak dan dua negara.
Biar dari bentuk mana sekali pun apa yang jelas,krisis dan perpecahan datangnya dari satu faktor saja iaitu cinta dunia. Orang yang cinta dunia sanggup berbuat apa saja hatta membunuh keluarga sendiri. Demi mencapai matlamat duniawi,manusia sanggup menjadikan kawan kawan sebagai musuh dan sebaliknya. Apa saja yang dilakukan semuanya menjurus kepada mencapai cita-cita dan memenuhi kehendak duniawi. Tiada keikhlasan, sebaliknya yang subur ialah kepentingan.
Cintakan Tuhan membawa kasih sayang yang suci murni. Hidup berkasih sayang akan membawa perpaduan yang sejati serta utuh. Kemuncaknya sanggup korbankan nyawa demi orang lain kerana Tuhan. Kasih sayang juga amat mudah dapat dicetuskan apabila adanya pemimpin kasih sayang yang juga selaku pengikat antara hati manusia.
Kasih sayang amat mudah disebut, namun memenuhi ciri-ciri kasih sayang itu tidak mudah. Sebab itu kasih sayang juga sukar terjadi, akibatnya perpaduan juga sukar berlaku. Diantara ciri2 kasih sayang:
1. Lemah lembut dalam sikap dan kata-kata.
2. Mudah mesra dan mudah dimesrai.
3. Rasa bersama dan sangat bekerjasama.
4. Prihatin dan sangat peka terhadap hal ehwal orang lain.
5. Sangat saling menyelamat, membela dan menghiburkan.
6. Mudah berpakat dan bermufakat serta mudah seia sekata.
7. Sangat berlapang dada dan bertoleransi dalam perkara yang dibolehkan.
8. Saling mengenang budi dan jasa.
9. Masing-masing sangat mengorbankan perasaan.
10. Sangat pemaaf.
11. Saling doa mendoa.
Berkat adalah satu perkara yang amat besar kerana dikaitkan dengan kerajaan Tuhan. Demikian yang di sebut oleh Allah swt dalam surah Al Mulk ayat satu yang bermaksud, “Maha berkatlah Allah yang mempunyai kerajaan…..” Maka disinilah pentingnya pemimpin sesebuah negara itu adalah orang bertaqwa, yang berupaya membawa rakyat kepada taqwa.
Kita riuh dan resah dengan kekurangan bekalan makanan serta harga barang naik melampau. Sedikit masa lagi mungkin bayaran tandas awam pun akan naik. Disini kita perlu memahami paranan Tuhan terhadap masyarakat yang bertaqwa. Orang bertaqwa mendapat pemeliharaan Tuhan, umpama kita memelihara haiwan ternakan, maka kita yang bertanggungjawab keatas semua hal ehwal ternakan tersebut. Orang bertaqwa ertinya mendapat payung Tuhan. seperti payung melindungi panas dan hujan. Orang bertaqwa ertinya masuk kedalam kubu atau benteng Tuha, seperti kita selamat aman damai berada dalam kubu. Mendapat perlindungan berada dalam benteng.
Kalau kita memiliki hati dan akal yang tajam, kita sudah dapat menyelami erti taqwa serta peranan Tuhan kepada mereka yang bertaqwa, samada maksudnya yang tersurat mahu pun yang tersirat.
Diantara akibat tidak bertaqwa ialah kekurangan bekalan makanan. Tuhan biarkan manusia tanpa pembelaan, tanpa penyelesaian, tanpa perlindungan, bahkan terus menerus bergelut dengan masalah bertimpa-timpa, dan semakin kusut. Sebagai peringatan kepada semua manusia, Tuhan abadikan didalam Al Quran kisah kaum Tsamud dan kaum ‘Aad di bumi Saba. Mereka sebelumnya adalah kaum yang amat maju dan makmur. Tanaman mereka amat subur, binatang ternakan sangat biak serta gemuk. Akhirnya Tuhan hancur musnahkan seluruh kemajuan mereka, kerana mereka melupai dan derhaka kepada Tuhan.
Mari kita selesaikan masalah kehidupan kita dengan membawa Tuhan bersama melalui bertaqwa. Bukan dalam masalah makan minum semata-mata, tetapi dalam semua hal dan urusan.
Bagi orang bertaqwa, bukan menunggu adanya masalah barulah hendak kembali mencari Tuhan, seolah-olah Tuhan itu hanya keperluan bermusim atau mencari Tuhan ketika menghadapi masaalah. Seolah-olah kalau tiada masaalah, maka tidak perlukan Tuhan. Sepatutnya keperluan kepada kepada Tuhan atau bertaqwa tetap pada bila-bila masa, kerana taqwa itu adalah hak hamba kepada Tuhan. Betapalah maka dijadikan suis automatik untuk lebih mendekati Tuhan.
Asas atau modal utama sifat taqwa ialah rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi. Yakni rasa takut dan cinta kepada Tuhan amat mendalam. Selepas itu orang bertaqwa sangat menjaga syariat dalam semua aspek kehidupan. Syariat yang diamalkan itu tidak lekang disertakan dengan takut dan cintakan Tuhan. Maka dalam mengamalkan syariat itu, mereka bersih dari sifat-sifat mazmumah sekaligus sangat subur sifat-sifat mahmudah. Orang bertaqwa sangat mengharapkan bantuan dan pertolongan Tuhan. Lantaran itu mereka istiqamah dalam membuka kunci pertolongan Allah swt. Mereka istiqamah dalam melakukan amalan seperti berikut:
1. Orang bertaqwa sentiasa bertaubat, samada taubat terhadap dosa atau taubat sebagai seorang hamba.
2. Menebus dosa-dosa melalui berbagai kebaikan dan kebajikan atau amalan.
3. Menyuburkan lagi sifat pemurah terutamanya membanyakkan sedekah secara istiqamah walaupun sadikit.
4. Bangun malam untuk bertahajjud.
5. Berkasih sayang sesama manusia.
Semua lima langkah diatas adalah anak kunci membuka pintu keberkatan dari kerajaan Tuhan.
Perlu difahami, sudah menjadi sunatullah bahawa masalah tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Al Imam Mutaqqin iaitu Rasulullah SAW pun berhadapan dengan masalah, namun Tuhan yang selesaikan. Tuhan campur tangan dan masalah amat mudah diselesaikan. Bagi orang bertaqwa itu sendiri, setiap masalah dirasai sebagai satu keuntungan terutama dirasakan bahawa Tuhan memanggil untuk mendekati Tuhan dan memperolehi kifarah. Selain itu, orang bertaqwa dalam menyelesaikan masaalah kerana sangat dibantu oleh Tuhan, hasilnya tidak terjadi sebarang side effect. Ini kerana dikalangan orang bertaqwa itu terhimpun sifat-sifat mahmudah. Maka mereka menghadapi masalah dalam keadaan diberkati oleh Tuhan, tenang dan tenteram. Tidak keluh kesah dan tidak saling salah menyalah atau menunding kesalahan kepada pihak lain.
Contohnya dalam menghadapi krisis makanan, tidak pula ditambah dengan krisis dikalangan manusia. Tiada yang tamak haloba dan mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain. Tuhan kawal hati-hati manusia dari sebarang unsur negatif. Orang yang berniat jahat pun luntur hatinya dari meneruskan niat jahatnya.
Tanpa taqwa, ertinya tanpa jalan keluar dari Tuhan. Kemungkinan selepas ini kita akan makan besi dan sekeru kerana selama ini kita terlalu ghairah dan berahi membangun negara dengan besi dan sekeru saja. Kalau duit banyak sekalipun negara boleh bangkrap sekiranya cili yang boleh ditanam sendiri pun turut mengemis dari India. Itu pun selagi mereka sudi memberinya. Dan kerana Tuhan tidak bantu, akibatnya orang kampung turut membeli cili padi, pucuk ubi, bunga kantan, ubi kayu, keledek, pucuk paku, pegaga di pasaraya. Para pemimpin pula masih bercakap besar dan angkuh. Lupa bahawa Tuhan itu segala-galanya. Tuhan berkuasa menjadikan sekelian alam ini dengan sedetik sahaja dan Tuhan juga berkuasa memusnahkan seluruh alam semesta ini dengan sedetik sahaja. Oleh itu jadikan iktibar dan pengajaran bagaimana kaum Saba dan kaum-kaum lain terdahulu yang dimusnahkan oleh Tuhan.
0 comments:
Post a Comment