Monday, June 8, 2009

Tuhanku bantulah daku

Tuhanku,
Ku tak punya tubuh yang gagah
hanya tubuh sekerdil dan sedaif ini
kekadang sihat adakalanya juga sakit

Tuhanku,
Ku juga tak punya jiwa yang besar
hanya jiwa sekecil dan sehina ini
kekadang ada kekuatan adakala penuh letih dan lelah

Tuhanku
ku juga tak punya nafsu mutmainah
hanya amarah yang menyala kekadang datang rasa berdosa

Tuhanku
Mana mungkin aku ini berehat
sedangkan keadaanku belum selamat
Nun di depan adanya sakarat, pertempuran yang hebat
antara amal yang sedikit ini dengan syaitan terlaknat
mana mungkin aku ini berasa selamat.

Nun di depan sana adanya barzakh,
penuh dengan azab yang menyeksakan
Mana mungkin amal yang sekadar ini melepasinya
bagaimana mungkin aku sekarang ingin berehat.

Nun sedang menunggu mahsyar yang menyayatkan jiwa,
Semua memandang ke langit menunggu nasib diri
mana mungkin amal sekecil ini melepasi penderitaan di sana
Mana mungkin hari ini punya masa untuk berehat

Nun di sana juga ada sirat sehalus rerambut
di bawahnya neraka menunggu mangsa
mana mungkin amal seurat benang ini mampu melepasinya
wahai nafsu..engkau masih suruh aku berehat

Tuhanku,
Mana mungkin aku ini mahu berehat,
sedangkan raqib dan atid juga tak mahu berhenti mencatat perbuatanku
Mana mungkin aku ini mahu berehat
sedangkan kekasihmu SAW jerih berjuang
sedangkan dia adalah penghulu syurgamu
siapa aku yang tiba-tiba mahu berehat
sedangkan tempat aku disana belum tahu dimana
Mana mungkin aku berehat
sedangkan perjalanan menuju itu amat jauh dan kekal abadi
tak mungkin aku ini mahu berehat

selepas subuh

Related Posts:

  • Madah ..Usah Gelisah ApabiLa DiBenci Manusia KeraNA Ramai Yang MenyayangiMu di Dunia, Tapi GeLisahLah ApabiLA di Benci Allah Kerana Tiada Lagi Yang MengasihiMu di AkhiRaT ..Bermadu itu indah pada seseo… Read More
  • Madah Hati 1...Al Quran itu boleh melembutkan hati dan melapangkan dada kalau dibaca dengan makna dan kehendaknya difahami. Jika tidak bukan sahaja tidak ada kesan, jemu pun datang. ...Al Quran itu umpama sungai; banyak manfaatnya, untu… Read More
  • Tuhanku bantulah dakuTuhanku, Ku tak punya tubuh yang gagah hanya tubuh sekerdil dan sedaif ini kekadang sihat adakalanya juga sakit Tuhanku, Ku juga tak punya jiwa yang besar hanya jiwa sekecil dan sehina ini kekadang ada kekuatan adakala penuh… Read More
  • Cintaku PadaMu…Aku tahu Engkau Tuhan adalah cinta agung,Aku pun mau mencintaiMuAku tahu mencintaiMu amat perlu,Ia puncak dari segala kebahagiaanAku berusaha ke arah itu,tapi cintaku padaMu Tuhan selalu saja terganggu, Banyak yang mengganggu… Read More
  • Pencinta Tuhan Di Malam Sepi Sajak 1 Di waktu malam gelap, bintang-bintang berkerlipan Pencinta-pencinta Tuhan bangun, merindukan Tuhannya Dia lepaskan rindunya melalui sembahyang Bermunajat, meminta-minta rahmat-Nya, memohon keampunan-Nya Pe… Read More

0 comments:

Post a Comment