Monday, June 1, 2009

Pendapat: Prof Dr Hisyam At Tamimi

Beliau Mujaddid di Kurun ini
Prof. Dr. Hisyam At Tamimi

Pensyarah Kuliah Syariah Islam, Universiti Jordan, Amman Jordan

—————————————————————————————

Saya mengenal Ustaz Ashaari Muhammad di akhir tahun 80-an di Amman, Jordan. Pada masa itu beliau mulai mengembangkan dakwah dan perjuangannya melalui jemaahnya secara intensif di luar Malaysia, termasuk Jordan, Mesir, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya.

Mula-mula saya sangat terkesan dengan peribadi dan akhlak beliau yang seperti saya juga keturunan At Tamimi. Akhlaknya begitu lembut, penyayang, pemurah, sabar, berkarisma, gigih dan lain-lain.

Setelah berbicara dengannya yang menceritakan pandangannya tentang Islam dan perjuangannya, fikiran dan hati saya semakin terbuka.

Perjuangan beliau ternyata amat besar. Beliau membangunkan model Islam yang kaafah dalam seluruh aspek kehidupan manusia, mulai dari diri, keluarga, ekonomi,
pendidikan, kebudayaan, pertanian, perdagangan, penerangan dan lain-lain.

Minda-minda beliau tentang Islam begitu global, indah, cantik dan sangat praktikal. Yang lebih berkesan lagi,b eliau tidak hanya mengatakan atau menuliskan minda-mindanya, tetapi ia amalkan dan perjuangkannya.

Bahkan menjadi hidup matinya.

Beliau mengajarkan kepada pengikutnya untuk menjadikan seluruh kegiatan mereka sehari-hari sebagai ibadah kepada Allah. Beliau tidak membataskan ibadah itu hanya dengan mengerjakan solat, membayar zakat, puasa dan haji, tapi beliau perluaskan. Menurutnya, dengan berekonomi, melaksanakan aktiviti pendidikan, kebudayaan, pertanian, bina insan, perdagangan dan lain-lain yang sangat diperlukan oleh umat Islam dapat menjadi ibadah fardhu kifayah atau ibadah secara umum dan
perjuangan mengajak diri dan manusia menuju Allah SWT.

Maka tertanamlah semangat yang besar, kegigihan yang tinggi dalam diri setiap pengikut beliau untuk berjuang dan bekerja sungguh-sungguh membangunkan model Islam.

Aktiviti jemaah remaja di Amman Jordan, [dalam bahasa Arab, sarikata Bahasa Melayu]

Tidak hairan dalam masa yang singkat, bantuan Tuhan turun mencurah-curah, sehingga projek-projek beliau bertebaran tidak hanya di Malaysia atau Asia Tenggara, bahkan di seluruh dunia. Semuanya dibuat untuk mencari redha dan kasih sayang Tuhan.

Sungguh aneh mendengar minda-minda beliau tentang Islam yang begitu global, indah dan cantik. Pandangan ini keluar dari seorang ajam yang tidak berpendidikan tinggi, kurang fasih berbahasa Arab, bukan keluar dari ucapan atau tulisan para ulama, Professor atau doktor di Jordan, Mesir atau negara timur tengah lainnya.

Pandangan beliau tentang berbagai hal dalam Islam kadangkala sangat berbeza dengan pandangan ulama-ulama lain baik di zaman ini atau di zaman-zaman sebelum ini.
Tetapi kalau kita memahami peribadi beliau yang sangat bertaqwa, tidaklah hairan mengapa ilmu minda beliau demikian hebat, kerana dalam Al Quran disebutkan bahwa Allah akan mengajar dan memberi ilmu kepada orang-orang yang bertaqwa. Beliau mendapat ilmu dari Allah.

Kalaulah kepada lebah saja Allah ilhamkan, tentulah ilmu yang beliau peroleh juga merupakan ilham dari Tuhan.

Ketika mendengar ujian yang Allah berikan kepada beliau dan jemaahnya melalui kerajaaan Malaysia yang mengharamkan, membubarkan, menyita seluruh aset, menyesatkan serta dan memenjarakannya, saya semakin yakin bahwa yang beliau
perjuangkan adalah kebenaran. Kerana hal ini merupakan sunnah pejuang kebenaran dan ia telah berlaku kepada para nabi, rasul dan pejuang-pejuang kebenaran lainnya.

Allah berfirman dalam Al Qur’an:

“Beginilah yang kami jadikan kepada setiap Nabi, musuh dari syaitan dari jin dan manusia yang membisikkan kepada sebahagian mereka dengan kata-kata yang indah untuk menipu mereka”.

Begitu juga dengan para Wali yang mengikut jalan Nabi juga didatangkan musuh yang sama. Tapi saya yakin Insya Allah selepas ini beliau akan Allah hadiahkan
kemajuan dan kemenangan yang besar.

Selain itu , Insya Allah saya akan kekal bersama beliau dan akan membantu beliau seperti Nabi Harun membantu Nabi Musa. Saya akan bersama beliau dalam semua perkara.

Saya yakin beliau diberi ujian yang berat oleh Allah, kerana beliau seorang wali Allah. Hadis ada berkata; “Orang yang paling berat diuji adalah para rasul, nabi dan wali-wali Allah kemudian mengikut taraf iman masing masing “.

Bila iman besar, maka ia akan diuji dengan ujian yang besar. Kekuatan iman beliau besar, sebab itu ujian yang Allah berikan kepadanya juga besar.

Kalau ada peluang saya akan menyarankan kepada beliau untuk membuka asas universiti Islam sebagai asas untuk menjadi universiti Islam antarabangsa. Saya bersedia menyiapkan tenaga pengajar dari seluruh dunia dalam semua bidang. Saya pemah mengatakan hal ini pada beliau ketika di Thailand dulu (1994).

Sebab universiti itu akan menjadi pusat penyebaran minda beliau ke seluruh dunia. Minda ini sangat diperlukan oleh seluruh manusia, tidak kira apa bangsa dan agama, sebab ia merupakan panduan dari Tuhan untuk kehidupan manusia.

Minda ini untuk mendidik manusia secara hak yaitu mengenalkan Tuhan sehingga manusia akan cinta dan takut kepada Tuhan.

Kita sudah lihat hasil didikan beliau Iaitu lahirnya insan-insan yang tangan dan fikirannya sibuk membangunkan dunia tetapi hatinya senantiasa takut kepada Tuhan. Beliaulah tokoh pendidik di abad ini.

Sebenarnya taklim di seluruh dunia Islam, termasuk di pesantren-pesantren dan universiti-universiti Islam sudah gagal, sebab mereka sudah meninggalkan manhaj wali dan tasawuf. Manhaj beliau adalah manhaj wali dan bertujuan menghidupkan agama dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Untuk menghidupkan agama mesti dengan tasawuf.

Dunia Islam sudah hancur dan memerlukan seorang Mujaddid. Insya Allah beliau adalah mujaddid di kurun ini dan kita akan bersama tajdidnya.

Saya lihat Malaysia dan Indonesia merupakan tapak yang subur untuk menanam benih Islam. Matahari terbit dari sana (Timur), sehingga cahaya pun datang dari sana, dari Timur ke barat.

Alhamdulillah saya bersyukur untuk murid-murid atau staff yang masih kekal bersama beliau. Dari 10 000 hanya tinggal 500 orang saja. Tetapi saya yakin kualiti yang 500 orang ini lebih baik dari yang 10 000 orang dahulu. Mereka akan mendapat kemulian bersama beliau.

Biarlah yang pergi itu, pergilah. Tidak ada masalah, inilah dunia.

Para Rasul dan Nabi dulu, juga ditinggalkan orang. Seperti Bani Israil yang pernah berkata kepada Nabi Musa, “Pergilah engkau berjihad dengan Tuhan engkau, kami hanya akan duduk di sini”.

Mungkin yang kekal bersama Nabi Musa lebih sedikit dari pada yang kekal bersama beliau.

Yang lebih mengejutkan lagi beliau menceritakan bahwa perjuangan yang sedang lagangkan ini adalah untuk menagih janji Tuhan yang diucapkan melalui lidah Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit dan gemilang kembali sehingga akan menguasai dunia dan membawa dunia kepada keamanan, kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran di bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kebangkitan ini akan bermula dari Timur iaitu Malaysia dan Indonesia yang diasaskan oleh seorang yang juga dijanjikan oleh Allah melalui lidah RasulNya yaitu Fata at Tamimi.

prayersmuslimchina.jpg

Mendidik Manusia Melalui Sembahyang

Dalam mendidik hati manusia, beliau mulakan dengan mengenalkan Allah sehingga terasa kewujudan Allah dalam hati, kemudian menyempurnakan dan memperhaluskan sembahyang. Inilah perkara yang paling baik. Kebanyakan manusia masuk sembahyang dan keluar dari sembahyang tanpa tahu apa yang mereka lakukan, sebab mereka tidak atau kurang menghayati sembahyang mereka.

Beliau mengajak manusia untuk sungguh-sungguh mengusahakan rasa bersama dan bertemu dengan Allah dalam sembahyang mereka.

Dalam kuliah sembahyangnya yang tajdid yang saya sudah mengikutinya dari murid-muridnya, beliau memberitahu bagaimana bila berada dalam sembahyang dan apa yang dikata dalam sembahyang kerana orang yang masuk ke dalam sembahyang
mestilah memutuskan hubungannya dengan dunia dan masuk ke dalam alam Tuhan.

Ini kata-kata wali.

Saya teringat satu kisah seorang ulama fikh yang bertanya kepada seorang ulama sufi dengan tujuan untuk mempersendakannya. “Apa hukum orang yang lalai dalam solat?”

Ulama sufi itu bertanya pula, “Pada kami atau pada kamu?”.

Ulama fikh bertanya, “Apakah ada dua mazhab?”

Jawab ulama sufi, “Betul.”

Kata ulamak fikh, “Apa hukumnya dalam kedua-dua mazhab itu?”

Ulama sufi menjawab,”Kalau pada kamu cukup sujud sahwi sudah selesai, tapi pada kami layaknya dia dibunuh atau dipotong kepalanya, kerana dia sedang menghadap dan bercakap-cakap dengan Tuhan, tiba-tiba dia lari dan pergi pada orang lain. Orang begini layak dipenggal kepalanya. ”

Beliau inginkan sembahyang yang seperti ini. Ini kata-kata yang agung dan tidak ada kata-kata yang lebih agung dari padanya. Tajuk sembahyang seperti yang beliau kupas tidak ada lagi di dunia ini sekalipun di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi Islam, melainkan hanya ada pada orang-orang tasawuf dan wali-wali Allah.

Solat beliau untuk Allah. Kerana itu kita perlu orang yang menyembah Allah seperti beliau, kerana dia akan membawa kita kepada Allah, Tuhan yang sebenar, bukan kepada
dunia.

Akibat Memusuhi Wali Allah

Sejarah berulang kembali, banyak orang seperti Al Hallaj dan Ibnu Arabi yang menghadapi tentangan tetapi akhirnya kemenangan untuk mereka.

Allah berfirman “Barangsiapa yang memusuhi waliKu, Aku isytihar perang terhadapnya”.

Tiada yang lebih dahsyat daripada perang melawan Allah. Seperti yang terjadi pada Anwar Ibrahim, yang terjadi pada dirinya bukan peperangan dari wali Allah yang dijatuhkannya tetapi dari Allah.

Ini satu yang pelik, ini pedang Allah. Manusia sangka mereka kuat tapi pedang Allah lebih gagah. Yang paling berat adalah memerangi wali Allah seperti beliau.

Kalau kita tidak mahu bantu dia, diam saja dan perangi kemungkaran dengan cara kita, bukan malah memerangi kebaikan yang beliau perjuangkan. Saya yakin dengan Allah, kemenangan beliau hampir tiba.

Allah berfirman,

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah sedangkan Allah lah yang menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir/ingkar tidak suka”

Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment