Para wali adalah kekasih2 Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah [muqarrabin]. Allah jelaskan dalam satu hadis qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah dan berkata2 dengan perkataan Allah. Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah manakala menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata2 dan sebagainya adalah petanda mati dalam suul khatimah. Wal’iyazubillah.
Sebab itu Allah juga berfirman dalam Hadis qudsi lain :
“Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya.”
[Riwayat Al Bukhari]
Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa :
“Wali Allah atau kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga ertinya pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang2 suci-Nya.
Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam2 jenis atau peringkat wali yang dilantik oleh Allah dengan syarat2 perlantikan yang hanya Allah jua yang mengetahuinya, iaitu :
1. Ghaus [Kutubul Aqthab]
Ghaus adalah gelaran kepada ketua wali di sesuatu zaman. Ketua wali disebut juga Sultanul Aulia. Ghaus cuma seorang untuk satu zaman.
2. Wali Kutub
Istilah jamak [ramai] bagi kutub ialah aktab. Bilangan wali Kutub di setiap zaman ialah empat orang.
3. Wali Najib
Najib bagi gelaran seseorang. Kalau ramai disebut Nujabak. Bilangan mereka di setiap zaman 300 orang.
4. Wali Watad
Jamaknya Autad. Bilangan wali Autad untuk satu2 zaman ialah empat orang.
5. Wali Badal
Jamak bagi Badal ialah Abdal. Bilangan mereka 40 hingga 60 orang untuk sezaman. Ada qaul mengatakan 30 orang, 14 orang dan ada mengatakan hanya tujuh orang sahaja.
6. Wali Naqib
Panggilan ramai bagi Naqib ialah Nuqabak. Bilangan untuk sezaman ialah 40 orang.
Monday, June 1, 2009
DARI HAL WALI DAN KEWALIAN
Related Posts:
Merujuk Kepada Ahli Zikir Maksud Firman Allah: “Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.” (An-Nahl:43) Ayat ini menuntut kita untuk merujuk kepada orang yang dikatakan Ahli Zikir dalam memberi jawapan kepada per… Read More
Kenali Pejuang AgamaPejuang agama itu boleh dikatakan juga sebagai ahli agama. Mereka memperjuangkan agama Tuhan. Mereka ini membuat kerja mulia. Iaitu menegakkan agama Tuhan. Di kalangan mereka yang terutamanya adalah Rasul-rasul dan nabi-nabi.… Read More
Suasana Di Alam Kubur Sebelum malaikat Munkar dan Nakir datang kepada mayat yang sudah berada di dalam kubur, terlebih dahulu datang malaikat yang bernama Rumam dan duduk di sisi mayat itu dan berkata : “Tulislah segala amalan-amalanmu”. Mayat … Read More
APAKAH HATI KITA CELIK ATAU BUTAHati seseorang yang celik, perasaannya tajam kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya .Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-man… Read More
AMALAN SYARIAT DAN HAKIKAT MESTI SERENTAKDinul Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu sep… Read More
0 comments:
Post a Comment