Thursday, June 11, 2009

MENANG DENGAN AKHLAK

Imam Abu Hanifah,salah seorang daripada empat Imam Mazhab,adalah seorang yang sangat sabar dan baik hati.

Pernah suatu ketika beliau sedang mengajar murid-muridnya di masjid,datang seorang lelaki mencercanya dengan kata-kata yang kesat.

Namun Imam Abu Hanifah tidak mempedulikannya,apatah lagi untuk membalas cercaan-cercaan itu.Oleh kerana orang itu tidak henti-henti mencerca,maka murid-muridnya pun meminta Imam Abu hanifah hentikan sahaja pengajarannya untuk disambung pada hari yang lain.Imam Abu hanifah bersetuju lalu bangkit dan berjalan pulang.

Lelaki itu terus mengikutinya sambil mencerca Imam Abu Hanifah yang tidak berkata apa-apa.Setelah sampai di rumahnya,Imam Abu Hanifah yang terkenal dengan kesabarannya pun berpaling ke arah pemuda itu dan berkata: ” Saudara,inilah rumah saya.Kalau masih ada lagi yang terbuku di hati saudara,datanglah dan keluarkanlah semuanya agar saudara merasa puas dan tidak lagi menaruh dendam terhadap saya.”

Lelaki itu merasa malu lalu beredar dari situ tanpa apa-apa bicara lagi.

0 comments:

Post a Comment