Friday, June 5, 2009

KEMANAKAH AKHIRNYA

Akhir ini entah mengapa kemelut dan krisis di kalangan bangsa Melayu kelihatan tidak pernah surut malah semakin menjadi-jadi, lepas satu, satu, ada sahaja isu yang berbangkit dan menyentuh sensitiviti orang melayu. Apatah lagi, baru-baru ini krisis di Perak menjadi seperti satu babak drama yang menyesakkan jiwa dan perasaan melihat perlawanan dan permainan kuasa di kalangan para kepimpinan kepartian. Sehinggakan berlaku satu peristiwa yang mengukir sejarah hitam negara ini bilamana sidang DUN menjadi seperti satu tempat yang persis bagai pasar harian.

Mungkin sudah tiba masanya kita semua melihat situasi ini dengan lebih serius, kerana jika kita masih menganggap ia hanya suatu yang tidak perlu difikirkan dan diberi perhatian, takut-takut apabila kita sedar implikasinya dan impaknya ke atas kita, waktu itu sudah terlambat untuk kita berbuat apa-apa lagi. Seperti kata pepatah melayu , "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidaklah berguna lagi".

Marilah kita renungkan pesanan di bawah ini, agar sama-sama kita cari dan gali dan kita usahakan bersama-sama agar nasib bangsa kita akan terbela.

Wahai bangsa Melayu bangsaku,

Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Perjuangan ini telah kita lalui terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu. Hasilnya juga telah kita tahu.

Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu.

Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji. Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.

Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.

Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.

Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu bolehkah kita tolak?

Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!

Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam. Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam, orang Melayu dengan sendiri terbela.

Formulanya, perjuangkan Tuhan dan Islam dalam hidup, insyaAllah, Melayu akan terbela.

Related Posts:

  • (ii) Kelemahan Demokrasi Dalam Memilih Pemimpin Bagi orang-orang yang mencintai kebenaran, mereka tentu mencari-cari satu cara baru yang suci, bersih dan mulia. Apakah tidak ada lagi di dunia ini kebenaran dan kemuliaan sehingga manusia terpaksa bergelimang dengan najis … Read More
  • POLITIK UNTUK MENDAPAT ISLAM?Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di n… Read More
  • POLITIK BARAT, POLITIK SEKULAR Hari ini umum umat Islam menganggap apa yang dikatakan politik itu ialah politik Barat. Ini kerana rujukan mereka pada definisi politik ialah kepada Barat. Mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam, yakni A… Read More
  • DALAM ISLAM PEMERINTAH ADALAH WAKIL ALLAH, BUKAN WAKIL RAKYATSemua ideologi dan isme di dunia ini memandang bahwa pemerintah atau pemimpin itu adalah wakil-wakil rakyat yang naik untuk memperjuangkan hasrat rakyat. Mereka akan bersuara mengikuti suara rakyat, bertindak mengikuti kehend… Read More
  • TAKSUB KEPADA PEMIMPIN ATAU GURU, ADAKAH DIBOLEHKAN?Perhubungan seorang murid kepada guru atau anak buah kepada pemimpin bermula dengan ikatan ketaatan. Tanpa ketaatan, apalah gunanya seorang guru kepada seorang murid, apalah ertinya seorang pemimpin kepada seorang pengikut. U… Read More

0 comments:

Post a Comment