PEMERINTAHAN SAIDINA UMAR IBNU ABD AZIZ
Lim Guan Eng(LGE), pada peringkat awal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, ada menyebut bahawa pemerintahan negeri mahu meniru model pemerintahan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz(SUIAA). Membaca sejarah kejayaan SUIAA memang terasa keindahannya, Terutama bagi mereka yang melihat kejayaan SUIAA dalam aspek sosio-ekonomi. Sejarah memaparkan betapa zaman SUIAA itu rakyatnya aman damai, harmoni serta makmur. Pencapaian ekonomi yang amat dikagumi ialah tidak terdapat golongan rakyatnya yang layak menerima zakat, yang ditafsirkan miskin tegarnya 0%.
Keinginan dan cita-cita LGE amat elok dituruti serta menjadi idaman semua pemimpin. LGE tentunya ada sebab-sebab tersendiri yang mendorong beliau mengambil SUIAA sebagai model. Diantaranya mungkin beliau melihat ditengah-tengah kemajuan dan pembangunan yang pesat, manusianya tak habis-habis berkrisis. Gejala negatif pula berleluasa. Disamping itu miskin tegar juga amat ketara terselit dimana-mana, samada dikampung mahu pun dibandar. Pemimpin pula sudah bagitu lama bercakap untuk membenteras gejala sosial dan mahu mengatasi masalah miskin tegar. Namun hasilnya negara bertambah kaya, gejala sosial makin berkembang, manakala proses mengatasi kemiskinan amat perlahan. Sedangkan memang dianggap ajaib kerana tempoh pemerintahan SUIAA hanya sekitar dua tahun sahaja.
Sekali lagi saya sebut disini bahawa cita-cita mahu menjadikan SUIAA sebagai model memang satu cita-cita yang amat baik. Memang mustahil untuk mencapai kesempurnaan seperti yang dicapai oleh SUIAA. ‘Better let than never’ ertinya sekurang-kurangnya LGE ada cita-cita untuk meniru sistem pemerintahan yang sudah terbukti berjaya. Namun terdapat rahsia kejayaan SUIAA yang amat jarang menjadi perhatian pengkaji sejarah iaitu:
1- SIUAA adalah seorang mujaddid. Setiap Mujaddid adalah wakil Tuhan dizamannya. Mujaddid juga adalah rasul lil Rasul dizamannya. Tuhan dan Rasulullah saw memimpin para Mujaddid. Mereka memiliki karamah yang luar biasa sebagai anugerah Allah swt. Kisah masyhur yang berlaku dizaman SUIAA ialah serigala dan kambing boleh bergurau senda. Bukankah itu adalah kuasa Tuhan yang mengawal hati haiwan ganas boleh berjinak dengan mangsannya sendiri. Kalau dikalangan manusia boleh juga dilojikkan yang manusia itu ada hati dan ada akal fikiran yang boleh menimbang baik dan buruk. Tetapi kalau haiwan ganas yang hidup dengan nafsu rakus mana lojiknya. Inilah yang dinamakan karamah.
2- SIUAA pemimpin pilihan Tuhan, pada dirinya amat subur tanda-tanda kebesaran Tuhan sehingga dengan itu hati manusia amat mudah merasa bertuhan. Manusia amat mudah tertambat hati dan jinak hati kepada Tuhan. Terutamanya sifat pemurah dan penyayang. Pada diri Mujaddid itu merupakan pemimpin yang menjadi lambang perpaduan. Kasih sayangnya amat ketara. Hasilnya pemerintahan Mujaddid menjadikan seluruh rakyatnya sebagai satu keluarga. Semua golongan dalam masyarakat sangat mengutamakan Tuhan, utamakan syariat, berakhlak dan berdisiplin. Masing-masing menjalankan fungsi masing-masing dengan sebaik mungkin. Sesama rakyat keseluruhannya seperti adik beradik dan anak beranak. Kehidupan rakyat dalam satu negara penuh kasih sayang, tolong menolong, bela membela, sangat prihatin, saling ziarah menziarahi, jenguk menjenguk. Pemimpin sangat bertanggung jawab, ulama sangat mendidik, orang kaya menjadi bank kepada masyarakat yang memerlukan, golongan pekerja,buruh dan petani sangat sabar dan redha dengan kedudukan mereka.
3- Apabila kehidupan seluruh rakyat dalam satu negara umpama satu keluarga, seperti adik beradik dan umpama anak beranak maka semua kehidupan masyarakatnya terbela. Selain masyarakat yang sangat bertaqwa itu memiliki kekayaan jiwa yang luar biasa, hingga merasa kaya dengan yang sedikit, manakala orang fakir dan miskin amat terbela, tiada yang terpinggir. Masyarakatnya lebih utama memberi, tiada yang meminta. Masyarakat fakir dan miskin mendapat pembelaan tidak formal dari masyarakat kelilingnya. Pembelaan tak formal dari masyarakat keliling itu yang membuatkan orang fakir dan miskin merasa kaya hingga menolak pembelaan formal dari zakat.
Apa yang berlaku dizaman SUIAA itu adalah warisan dari zaman Rasulullah saw dan para Sahabat. Warisan yang telah dijanjikan oleh Allah swt kepada para Mujaddid. Janji Allah pasti berlaku. Warisan dari Rasulullah saw yang juga disebut sebagai sistem Tuhan. Satu sistem yang tegak diatas modal taqwa dan kasih sayang. Tuhan buka pintu berkat dari langit dan bumi. Sistem yang terbentuk dari sikap manusia yang cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan. Maka Tuhan campur tangan dalam semua urusan, termasuk dalam menurunkan rahmat dan berkat kepada sekelian alam. Bukan sahaja manusia, haiwan, tumbuhan, cuaca, makhluk lahir dan ghaib turut mendapat rahmat dan berkat. Perasaan manusia bukan sahaja aman tenteram bahkan penuh kemakmuran. Semua orang memiliki kekayaan jiwa. Kerana kekayaan jiwa itulah maka orang yang berada suka memberi, sebaliknya yang tidak berada pula tidak suka menerima. Golongan miskin pun merasa kaya kerana kekayaan jiwa, betapalah golongan kaya dapat merasakan Maha Kayanya Allah swt. Mereka menjadi pemurah dan penyayang kerana mereka juga merasakan Tuhan Maha Pemurah dan Maha Penyang. Bolehkah LGE mencetuskan sistem Tuhan ini? Jawabnya tidak salah bercita-cita dan berusaha kearah itu. Namun sistem Tuhan mesti dibuat oleh orang Tuhan keran itu adalah janji Tuhan. LGE hendak laksanakan sistem Tuhan dalam masyarakat yang tidak memperdulikan Tuhan?
Namun satu harapan yang akan melegakan perasaan semua manusia kerana Tuhan ada menjanjikan bahawa sistem Tuhan itu akan berlaku sekali lagi bertaraf empayar sebagai satu rahmat besar dari Tuhan kepada semua manusia sebelum dunia dikiamatkan. Empayar yang dipimpin oleh Khalifah yang hak, yang ditunggu-tunggu iaitu Al Mahadi. Sebelum Al Mahadi didahului oleh sebuah Daulah Islamiyah yang juga di pimpin oleh Putera Bani Tamim. Inilah satu harapan besar kepada umat Islam yang sangat wajar ditunggu dan ditagih akan kedatangannya. Satu peristiwa yang sepatutnya ditagih dengan penuh harapan kepada Allah swt semoga kita termasuk kedalam golongan yang turut memberi sumbangan kepada kebangkitan Islam kali kedua yang dijanjikan oleh Allah swt. Semoga LGE termasuk kedalam golongan tersebut kerana beliau ingin melihat sistem yang dibawa oleh SUIAA ujud dizaman ini.
0 comments:
Post a Comment