Saturday, June 20, 2009

Tanda Orang Yang Kenal Tuhannnya

Ada orang mengatakan yang dia kenal Tuhan. Ada orang mengatakan yang dia cinta Tuhan. Benarkah begitu? Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu sebenarnya baru tahu tentang Tuhan. Belum tentu kenal lagi. Setakat menceritakan, ramai yang bukan Islam boleh cerita tentang Tuhan. Malah Tuhan menjadi bahan kajian mereka. Apakah orang bukan Islam itu mengenali Tuhan? Untuk test orang itu kenal Tuhan atau tidak, kayu ukurnya cinta Tuhan. Maksudnya di sini, kalaulah orang itu benar-benar kenal Tuhan, sudah pasti dia akan jatuh cinta dengan Tuhan. Sebab kenal dengan cinta itu saling kait mengait. Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal pasti jatuh cinta. Maksud kenal ini bukan boleh sekadar di bibir sahaja, sekadar menjadi sebutan. Atau sekadar cakap-cakap. Lebih baik daripada itu sekadar tulis-tulis. Yang mana ini semua datang dari hasil ingatan atau hafalan. Lebih baik daripada itu boleh menghurai sahaja sedangkan tiada penghayatan dan penjiwaan.

Kalau nak buat perbandingan, contohnya cinta seorang lelaki kepada wanita yang dikenalinya. Kalau setakat kenal, hanya tahu namanya, umurnya, sedikit sebanyak keluarganya. Mungkin sekadar itu sahaja. Tetapi jika sampai cinta kepada wanita atau lelaki tersebut, peringkat ini lebih jauh. Mula ada rasa rindu nak jumpa, tak sedar berjam-jam bersms atau berbual-bual. Ertinya bila hati dah berbunga, keadaan sekeliling dah kita lupa. Kita lupa orang sekeliling kita, lupa waktu, lupa makan minum atau dalam erti yang lain lupa diri atau lupa dunia ini. Cuma jangan samakan cinta Allah itu dengan cinta lelaki wanita tadi. Cinta Tuhan membawa pahala, ketenangan dan kebahagiaan tetapi cinta lelaki atau wanita itu membawa kepada dosa, mazmumah, kerosakan jiwa dan penderitaan. Ertinya cintakan Tuhan itu Ajinatul Ajilah yang disegerakan tetapi cintak lelaki atau wanita itu merupakan neraka yang disegerakan sebelum neraka yang kekal abadi di sana nanti.

Berbalik kepada cinta Tuhan, orang yang benar-benar cintakan Tuhan, hatinya sudah melupakan dunia ini. Rasa rindu berbual-bual dengan Tuhan di dalam sembahyangnya. Rasa tenang dapat melepaskan rintihannya di dalam tahajjud malamnya. Hatinya sentiasa rindu nak berjumpa Tuhannya. bahkan dalam sejarah orang yang kenal Tuhan ini, cinta dunia dan makhluk ini sudah lenyap dari hatinya.sebelum berkahwin dengan nabi Yusof sejarah Zulaikha sangat rakus, hinggakan baju Nabi Yusuf koyak rabak diterkamnya kerana gilakan Nabi Yusuf. Tetapi setelah berkahwin dan dididik oleh seorang Nabi, Zulaikha sangat cintakan Tuhannya. hinggakan apabila Nabi Yusof meminta melayannya, Zulaikha meminta Nabi Yusof berkahwin lain. Zulaikha merasakan terlalu rindu dan berhabis-habisan sepanjang malamnya untuk bersama Tuhannya. Dia gadaikan hak dunianya untuk mendapatkan cinta Allah padanya.

Kerana itu kenal mesti mengenali daripada hati. Yang mana hasil kenal itu, jatuh cinta yang juga daripada hati. Kenal itulah yang membawa faham. Faham tentang Tuhan membuatkan seseorang itu membuat apa sahaja perkara di dunia ini sesuai dengan kehendak Tuhan. Faham sungguh apa kehendak Tuhan. Faham sungguh apa yang tidak disukai Tuhan. Faham bagaimana nak beradab dengan Tuhan. Cinta itu pula membawa kepada takut. Takut sangat cinta itu terputus di tengah jalan. Takut sangat cinta itu tidak berpanjangan. Kalau boleh biarlah cinta itu berlama-lama sepanjang hayat, sepanjang masa. Janganlah cinta itu terhenti separuh jalan. Janganlah cinta itu tidak berbalas. Bila tidak berbalas ibarat bertepuk sebelah tangan. Begitulah hasil orang yang kenal, cinta dan takut Tuhan. Orang seperti ini adalah orang yang dekat dengan Tuhan. Orang seperti ini membuktikan cintanya dengan berkorban untuk Tuhan. Dia sanggup berkorban apa sahaja yang ada pada dirinya untuk Tuhan. Malah cinta dan takut itu jugalah yang membuatkan dia sangat mengasihi dan menyayangi sesama makhluk Tuhan. Orang ini, dia mendapat gelaran ‘Arifbillah. Orang inilah yang dimaksudkan hadis, Hendaklah kamu bersama Allah, dan sudah pasti kamu tidak mampu, oleh kerana itu bersamalah dengan orang yang sudah dapat bersama Allah (Arifbillah). Kerana bila kamu bersama ‘Arifbillah, sama seperti kamu bersama Allah.

Lihatlah diri kita hari ini, sudahkah kita benar-benar kenal Allah atau sekadar tahu Allah itu ada sahaja. Kita sanggup berhabisan sepanjang malam berbual, sms atau seronok di tempat tidur daripada berhabisan sepanjang malam untuk bersama-sama Allah?
Adakah hati kita hari ini lebih cintakan makhlukNya daripada cintakan Allah?
Adakah diri kita akan selamat di negara kekal abadi sekiranya cinta diserahkan kepada makhluk dan dunia ini berbanding kita serahkan hati kita ini kepada Tuhan kita, sedangkan diakhir hayat dunia kita, makhluk yang kita cintai itu akan ditinggalkan sedangkan Tuhan yang kita lupakan itu akan menyambut kedatangan kita.wajarkah makhlukNya lebih kita kenali sedangkan penciptaNya kita kenal ala kadar sahaja.Wajarkah kita mohon perlindungan dari seksanya sakaratul maut, azabnya alam barzakh, terseksanya berdiri di Mahsyar atau wajarkah kita mohon dimasukkan ke syurga pada Allah, Tuhan kita sedangkan cinta kita kita serahkan kepada makhluk yang tidak mampu memberi pertolongan pada sakarat, alam kubur dan tidak mampu meberi pertolongan di Mashyar apatah lagi memberi syurga, Apatah lagi makhluk yang kita serahkan jiwa raga kita di dunia ini yang akan meminta-minta pahala akibat kecuaian kita bersamanya di dunia dahulu. Alangkah buruknya kita sebagai hambaNya kerana tersalah meletakkan cinta pada tempatnya....sekian

Ya Allah, Tuhan kami,
Kami hambaMu yang amat lemah ini mohon pertolongan,
bantulah hambaMu dalam mujahadah ini,
agar dihujung hidup hambaMu ini,
Tidak tersisa lagi cinta kami pada makhlukMu,
kosongkan hati hambaMu ini dari dunia dan seisinya.
kerani hambaMu ini tahu,
Tidak mungkin berkumpul 2 cinta dalam satu jiwa
Jika dalam hati hambaMu ini ada makhlukMu,
Nescaya jauhlah DiriMu dari hati ini.

Ya Allah, cinta hati ini..
tiada daya upaya hambaMu ini
kecuali dengan Kasihsayang dan RahmatMu
yang mampu menolong hambaMu ini

menjelang subuh

0 comments:

Post a Comment