Dr. Mahmood bin Abdul Rauf Al Husaini
Khalifah Tarikah Syadziliah
PhD in Mechanical Engineering
-University of Northern Ireland
————————————————–
Pendahuluan
Pertama kali saya mendengar tentang peribadi Ustaz Ashaari Muhammad adalah dari guru saya sendiri yaitu Syeikh Abdul Nasser. Kemudian dalam dua kali kunjungan saya ke Malaysia dan Indonesia, Allah mengizinkan saya berjumpa beberapa kali dengan
beliau. Beberapa kali pertemuan ini mendatangkan kesan yang begitu mendalam di hati saya dan saya pun memetik banyak pelajaran baik secara langsung dari beliau ataupun secara tidak langsung melalui murid-muridnya dan perjuangannya.
Pada tulisan ini akan saya sampaikan beberapa point yang sangat berkesan di hati saya yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang.
1.Perjuangan beliau seperti perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat
Setelah mengkaji dan memahami dengan jelas struktur kerja dan perjuangan dari perusahaan beliau, saya berkesimpulan bahwa karakteristik perjuangannya sama seperti perjuangan Rasulullah SAW, iaitu membangunkan Islam dalam segala aspek kehidupannya. Beliau membangunkan sebuah jemaah dan berjuang di tengah masyarakat dengan kasih sayang untuk mengenalkan Tuhan agar Tuhan dikenal, dicintai dan ditakuti.
Keberadaan beliau di tengah pengikutnya bagaikan keberadaan Rasulullah di tengah para sahabat. Diantara pengikut beliau akan ada orang-orang yang berwatak seperti Sayidina Abu Bakar yang keyakinannya dan cintanya kepada Rasulullah demikian tinggi, atau seperti Sayidina Umar yang tegas dan pemberani, atau seperti Sayidina Usman yang pemurah atau Sayidina Ali yang pengasih dan menjadi pembela kepada anak yatim dan janda-janda dsb.
2. Beliau Pembangun Sistem Hidup Islam di Akhir Zaman
Beliau juga merupakan seorang pakar dan pengamal ekonomi yang berhasil. Salah satu keistimewaannya adalah konsep ekonomi yang diketengahkan dan diperjuangkannya bukanlah hasil perahan akal.Tidak ada daftar rujukan dalam buku-buku yang telah ditulisnya. Padahal beliau bukanlah seseorang yang pernah mengecap pendidikan rasmi hingga ke peringkat tinggi.
Yang pasti, beliau adalah seorang yang sangat fanatik terhadap Rasulullah SAW.
Baginya konsep ekonomi yang terbaik adalah konsep yang Allah telah berikan melalui Rasulullah SAW.
Tidak aneh bila kemudian Allah ilhamkan kepadanya bagaimana mengaplikasikan konsep ekonomi Rasulllah di akhir zaman ini, sehingga dalam masa yang singkat ekonomi tersebut telah berkembang ke seluruh dunia dengan 500 rangkaian dan bertapak di 18 negara. Melalui platform ekonomi inilah beliau membangunkan sistem hidup Islam lainnya seperti pendidikan, kebudayaan, dakwah dan perhubungan, kesihatan, sosial kemasyarakatan, pertanian, perkilangan, sains dan teknologi dan sebagainya.
Untuk dapat menjayakan sistem hidup Islam Islam, beliau mulakan dengan mendidik dan membawa insan-insan yang terlibat dalam membangun sistem hidup Islam itu kepada Tuhan. Mereka dididik untuk menjadi orang-orang bertaqwa atau mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjadi orang bertaqwa.
Mereka dididik untuk menjadi pejuang-pejuang atau mujahidin Allah, bukan sekadar
pekerja biasa yang hanya menunggu gaji atau keuntungan material setiap awal bulan.
Mereka memiliki akhlak yang mulia, cinta pada Allah, jujur, pemaaf, peramah, bertimbang rasa dan sifat terpuji lainnya. Mereka sanggup berkorban apa saja untuk menegakkan hukum-hukum dan aturan-aturan Allah dalam seluruh aspek kehidupan.
3.Beliau tumpuan umat Islam sedunia hari ini
Kerana ketaqwaannya beliau mendapat ilmu dan panduan dari Tuhan cara untuk mendidik manusia dengan mengenalkan mereka kepada Tuhan. Ribuan orang dari seluruh dunia datang menziarahi beliau. Bagi orang2 yg ikhlas, pertama kali berada bersamanya, setiap orang dapat merasakan kebesaran dan keagungan Tuhan. Rasa inilah yang mereka bawa ke tempat mereka.
4. Beliau sangat berkasih sayang
Beliau adalah seorang mursyid bagi murid-muridnya dan merupakan orang yang sangat sensitif dengan Tuhan. Sebagaimana mursyid-mursyid lain, beliau sentiasa mendidik dan menjaga murid-muridnya untuk menjadi Rijalullah @ orang2 Tuhan.
Ia sentiasa menjaga dan melindungi murid-muridnya bagaikan kulit buah yang melindungi buah di dalamnya. Bila buah yang belum masak dimakan, maka akan terasa masam, pahit bahkan dapat menyebab sakit perut bagi orang yang memakannya.
Tetapi kalau sudah masak ia akan nampak cantik dan manis rasanya. Begitu juga dengan murid. Bila murid sudah menjadi seperti yang dikehendaki mursyid mengikut ajaran Rasulullah, maka ia akan menjadi orang yang berguna bagi orang lain dan semua orang menyukainya.
Beliau juga sangat bimbang dengan keselamatan murid-muridnya dan umat manusia se dunia. Beliau akan membela muridnya bila muridnya dihina atau disakiti orang. Tetapi bila dirinya dihina orang, dia tidak mempermasalahkannya.
5. Beliau Bapa Pendidik di Zaman ini
Ketika mengunjungi sebuah sekolah jemaah di lndonesia,saya melihat seorang anak perempuan kecil bertudung cantik yang berumur 4-5 tahun, mungkin masih di sekolah Tadika. Kemudian saya memanggilnya untuk bersalam dengan saya, tetapi dengan tegas tapi hormat ia menjawab,
’Mohon maaf, saya tidak dapat bersalam tangan dengan tuan, sebab tuan bukan mahram saya, Nanti Tuhan marah’.
Saya sangat tersentuh dengan ucapan anak ini yang merupakan salah satu contoh hasil didikan beliau. Setelah saya kaji, saya dapati bahwa dalam mendidik beliau tidak menekankan dulu kepada syariat dan peraturan, tetapi sangat menekankan untuk kenal, cinta dan takut kepada Tuhan. Menurut beliau, bila seseorang kenal Tuhan maka ia akan merasa ber’Tuhan’ di mana saja ia berada. la akan merasa sentiasa di awasi oleh Tuhan, maka ia tidak akan sanggup berbuat jahat, maksiat atau hal-hal yang dilarang oleh Tuhan. Bila manusia kenal Tuhan maka ia akan merasakan betapa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan yang dianugerahkan kepadanya. Maka ia akan terdorong bersyukur kepada Tuhan dan berbuat baik kepada sesama manusia.
Beliau menjadikan Tuhan sebagai pemangkin atau pendorong untuk beramal, berbuat baik dan meninggalkan kejahatan. Dan inilah sebaik-baik pemangkin atau pendorong bagi manusia.
6. Bersama-nya Insya Allah ada pengampunan Allah.
Guru saya, Syeikh Abdul Nasser pernah bercerita bahwa orang yang pernah melihat Rasulullah dijamin masuk syurga. Ada yang bertanya bagamana dengan Abu Jahal/Abu Lahab yang juga sering melihat Rasulullah, apakah mereka juga dijamin Syurga? Sidi menjelaskan tidak, mereka tidak akan masuk syurga sebab mereka melihat Muhammad SAW bukan sebagai Rasulullah tetapi sebagai anak yatim.
Begitu juga murid-murid tarekat dengan Syeikhya, jika mereka melihatnya sebagai orang biasa, suami, ayah atau ulama biasa, mereka tidak akan mendapat kebaikan apa-apa dari nya hatta ia isteri dan anaknya sendiri.
8. Ganjaran buat Ikhwan Rasulullah di Akhir zaman
Suatu hari Rasulullah SAW sedang berada bersama para sahabat. Lalu beliau bersabda :
“Di dalam Firdaus ada sebuah istana yang indah, dengan bertabur berlian, intan,dan mengalir sungai susu”.
Para sahabat bertanya : “Untuk siapa semua ini ya Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab, “Untuk ikhwanku”.
“Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah SAW menjawab : “Bukan, kamu bukan ikhwanku, tapi sahabatku. Ikhwanku adalah orang yang yakin denganku dan berjuang untuk menegakkan sunnahku, walau mereka tak pernah berjumpaku”
Sahabat-sahabat boleh berjumpa Rasulullah, boleh mengambil berkat, mengambil pengajaran langsung, dsb. Tetapi ikhwan, mereka tak berjumpa Rasulullah, tetapi mereka sangat yakin, dan ikut berjuang menegakkan ajaran Rasulullah SAW.
9. Tingginya makam Abu Bakar sebab cintanya yang mendalam kepada Rasulullah
Suatu hari sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang keistimewaan Abu Bakar ra. Rasulullah SAW menjawab : “Di dalam hati Abu Bakar ada semua yang kupunyai, kecuali kerasulan”
Guru saya, Sidi Abdul Nasser menerangkan bahwa Saiyidina Abu Bakar r.a ada pada kedudukan tertinggi, bukan kerana ibadahnya, solat malamnya, pengorbanannya yang habis-habisan dsb, tetapi kerana kecintaannya pada Rasulullah SAW.
Ba’da Isya setelah berpisah dengan Rasulullah SAW, di rumahnya yang terletak hanya
beberapa puluh meter dari rumah Rasulullah, beliau duduk sambil melipat dan memeluk kakinya dan menangis : “Ya Habibi, ya Rasulullah..” sambil terus menangis sampai pagi.
“Ya Rasulullah, bilakah malam berakhir?
“Bagaimana saya mahu tidur kerana terpisah dengan Rasulullah?”.
Padahal Sayidina Abu Bakar tidak berjumpa Rasulullah hanya 4 jam saja
Begitulah tingginya makam seorang murid di sisi Allah adalah yang paling cinta kepada kepada gurunya.
Tentang Penulis
Dr. Mahmood bin Abdul Rauf Al Husaini, MEng lahir di Madinah, Arab Saudi, dan dibesarkan dalam bimbingan keluarga Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Tarikat Syadziliah. Beliau masih keturunan Rasulullah SAW, baik dari pihak ibu mahupun dan pihak ayah (Hussaini).
Dr. Mahmoud mendapat pendidikan tinggi di United Kingdom dan memperolehi PhD pada tahun 1996 dari University of Northern Ireland, dalam bidang Mechanical Engineering. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di sebuah syarikat petroleum yang terbesar di dunia, di Arab Saudi. Selain seorang jurutera, beliau juga pengamal tarekat Syadziliah. Beliau telah menjadi khalifah (ke-50) tarekat Syadziliah sejak tahun 1989.Dr. Mahmoud juga telah mendapat ijazah hadis dari Syeikh Muhd. Yassin Al Padangi, seorang ulama hadis terbesar akhir zaman yang menguasai puluhan ribu hadis dengan sanad dari Rasulullah SAW.
0 comments:
Post a Comment