Tanpa huraian yang panjang, memadai rasanya dinyatakan disini bahawa manusia tidak dapat lari dari dua aspek rohaniah dan material. Kedua-duanya mesti seiring dan serentak. Tidak boleh sama sekali diabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya. Aspek rohaniah diantaranya ialah rasa bertuhan dan rasa kehambaan, rasa takut dan rasa cintakan Tuhan, iman dan taqwa, ibadah-ibadah khusus.
Manakala aspek material pula adalah seluruh keperluan hidup manusia seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, kesihatan, pertanian, kebudayaan, perhubungan, politik, pentadbiran, sosial, keselamatan, perundangan, kebajikan, teknologi dll.
Dalam aspek pembangunan material, selama ini sangat dikuasai oleh barat dan bukan Islam. Umat Islam hanya mengekori sahaja apa yang dibuat oleh barat. Memanglah tidak menjadi kesalahan kerana dalam aspek material tidak ada Islam dan kafir. Siapa pun boleh menguasainya, mencipta dan mereka apa jua ciptaan untuk keperluan kehidupan sejagat. Namun kalau umat Islam mahu menguasainya, mestilah berserta dengan roh Islam atau bersifat Islamik terutama dikalangan pelaksana atau petugas atau orangnya. Selama ini umat Islam sedikit sebanyak ada juga pembangunan aspek material yang Islamik, namun kadang-kadang pada sistemnya tetapi bukan orangnya. Ini kerana sistemnya bejalan atas nama Islam, tetapi pelaksana atau orang yang terlibat tidak membawa Tuhan bersama mereka.
Apabila disebut sistem, sekurang-kurangnya mesti merangkumi empat perkara iaitu 1. Dasar 2. Matlamat 3. Pelaksanaan 4. Model Semua empat perkara ini mesti terperinci, jelas dan nyata, bukan secara umum yang kabur. Faktor orang yang terlibat atau dukungan pelaksanalah yang paling utama mesti Islamik. Yakni dari pembuat dasar hinggalah kepada golongan pelaksanaan mestilah dari kalangan yang jiwa tauhid atau Rasa bertuhan yang amat mendalam. Atau dengan kata lain. iman dan taqwa yang sangat di pandang Tuhan. Barulah segala sistem akan berjalan lancar keran di bantu oleh Tuhan. Sehingga kini dalam PAS belum terdapat bantuan Tuhan. Dan belum juga menjadi pilihan masyarakat kerana sistemnya belum jelas. Lantaran terlalu mementingkan perhitungan politik, maka sering kali tergadai prinsip perjuangan. Menang pilihanraya belum menjadi ukuran, sekadar mendapat undi lebih banyak kerana BN sudah terlalu tua dan uzur.
(11)
Tahun lepas saya sekeluarga berkunjung ke Kelantan. Saya bukanlah seperti sifat lalat yang kemana sahaja mencari bangkai, tempat kotor dan busuk. Saya hanya ingin menyatakan realiti yang dilihat. Bukan saya sahaja, pengunjung lain yang melihatnya turut sama merasa jijik. Apa yang saya maksudkan ialah Pantai Seri Tujuh, di Tumpat. Salah satu tempat popular yang menjadi pilihan pelancong terutama orang luar Kelantan seperti saya. Sampah sarap yang bertaburan dimerata tempat di Pantai Seri Tujuh itu sangat mencacatkan keindahan tempat tersebut.
Keadaan itu terjadi mungkin berpunca oleh dua pihak, yakni dari sikap pengunjung dan juga dari sikap pihak berkuasa atau pengurusan tempat tersebut. Pengunjung yang jiwanya tidak terdidik akibatnya tiada disiplin. Apabila jiwa tidak terdidik, maka mewarisi sikap tidak prihatin dan juga tidak berupaya mengatasi masaalah kecil dan remeh seperti masaalah kebersihan.Pihak pengurusan pula, apa masaalahnya bagi mereka untuk menyediakan seberapa banyak tong sampah yang harganya bukanlah terlalu mahal. Selain memudahkan pengunjung, juga turut memudahkan pengendalian sampah di kawasan tersebut.
Musuh Islam memang sudah lama melabelkan umat Islam sebagai mundur, jahil, jumud, kolot dan pengotor. Kita selalunya tidak senang dengan berbagai label negatif seumpama itu. Namun realitinya memang terdapat situasi bagitu dimana-mana negara umat Islam. Sekiranya berlaku ditempat lain di luar Kelantan saya pun tidak anggap perkara ini terlalu serious. Tetapi keadaan ini sedang terjadi didepan mata dalam sebuah negeri yang sudah lebih sepuluh tahun dikuasai parti yang memperjuangkan Islam. Dulu sebelum berkuasa di Kelantan, Pas ada alasan kerana tidak berkuasa untuk membuat dasar, matlamat dan pelaksanaan Islam. Dibimbangi sepuluh tahun lagi PAS belum mampu menyediakan dasar, matlamat dan pelaksanaan Islam di negeri Kelantan.
Satu hal yang amat perlu difahami bahawa ajaran Islam yang luas itu, sebahagian kecil sahaja yang memerlukan kuasa pemerintahan untuk melaksanakannya. Lebih banyak ajaran Islam itu tanpa kuasa pun tiada halangan untuk dilaksanakan dengan syarat masyarakat dididik dengan iman dan taqwa. Dengan takut dan cintakan Tuhan, maka syariat Tuhan akan seronok diamalkan, tak perlu akta, uandang-undang, peraturan dan penguatkuasaan. Dengan iman dan Taqwa juga segala maksiat dan kemungkaran ditingalkan dengan rela tanpa paksaan. Masyarakat yang takut dan cintakan Tuhan sangat menyukai kebersihan, kecantikan, haruman dan keindahan.
SEPATUTNYA NEGERI KELANTAN DAN RAKYATNYA LEBIH BERSIH BERBANDING JEPUN TANPA MENUNGGU HINGGA PAS BERKUASA SEPULUH TAHUN LAGI.
0 comments:
Post a Comment