Amat banyak disebut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam menggambarkan kelebihan sifat sabar. Kemuncak atau yang tertinggi Tuhan sebut dengan pengertiannya iaitu tiadalah bagi orang yang sabar itu melainkan masuk syurga tanpa hisab. Apa erti atau takrif sabar. Sabar ialah menahan diri untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Berdasarkan takrif sabar tersebut memahamkan kita bahawa untuk memperoleh sifat sabar atau penyabar mesti ada hubungkait dengan...
Sunday, May 31, 2009
Madah Hati 1
...Al Quran itu boleh melembutkan hati dan melapangkan dada kalau dibaca dengan makna dan kehendaknya difahami. Jika tidak bukan sahaja tidak ada kesan, jemu pun datang.
...Al Quran itu umpama sungai; banyak manfaatnya, untuk mandi, untuk minum, untuk tanaman, untuk ambil ikan, untuk main sampan, ambil pasir dan berbagai-bagai.
...Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya...
MENGAPA BERLAKU KRISIS?
Selalunya orang menganggap krisis bermula kerana sesuatu isu. Krisis dikatakan berpunca atas sebab ketidak-stabilan ekonomi dan politik kerana kepimpinan lama tidak beres.Demikian jugalah dalam apa juga pertubuhan, kalau terjadi krisis orang akan berkata puncanya ialah kerana isu-isu lahiriah semata-mata. Kerana itu orang akan salah menyalahkan dan membesar-besarkan perkara berbangkit dan yang berkaitan dengannya.
Para pemerhati yang barangkali...
Saturday, May 30, 2009
PERANAN WANITA DALAM ISLAM
Bagi memperkatakan peranan wanita dalam Islam, kita akan memperkatakan lebih dahulu tentang Islam itu sendiri. Islam itu bukan rekaan. Islam itu bukan buatan manusia. Ia adalah satu kebenaran dari Tuhan. Kalau kita katakan ia kebenaran dari Tuhan, ia ada bentuknya yang tersendiri. Ia juga mempunyai dasar yang tersendiri.
Kalau hendak kita contohkan, ia seperti benda-benda lain juga, cuma yang ini berbentuk maknawi dan rohani. Sebagai contoh kita...
PEMUDA PEMUDI ASET BANGSA DAN NEGARA
Bagi kebanyakan bangsa atau negara di dunia, pemuda-pemudi itu merupakan aset bangsa dan aset negara. Cuma istilah pemuda dan pemudi ini menurut Islam dan bukan Islam agak sedikit berbeza. Kalau mengikut ajaran Islam, apabila seseorang itu baligh sahaja, dia sudah dianggap pemuda atau pemudi. Sebab waktu itu kalau dia kahwin, sudah boleh melahirkan anak. Jadi menurut Islam, yang dikatakan pemuda-pemudi itu ialah seseorang dari sejak balighnya hingga...
MEYINGKAP RAHSIA KEJAYAAN RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW adalah contoh segala contoh. Baginda adalah contoh dalam hal ibadah, taqwa, contoh dalam hal akhlak, perjuangan, jemaah, pengorbanan, kasih sayang, pendidikan dan sebagainya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." (Al Ahzab: 21)
Mari kita gambarkan sebahagian contoh dari Rasulullah SAW itu agar dapat kita contohi. Agar dapat kita ikut serba sedikit apa yang...
Thursday, May 28, 2009
FALSAFAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD MENGIKUT AJARAN ISLAM
Sejarah telah membuktikan bahawa hukum hudud, qisas dan ta'zir adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluarbkepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampau, orang kafir pun merasai keindahannya.
bagi orang yang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah yang mengandungi nikmat, kerana ia memberikan dua kebaikan yang besar:
1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman...
HUKUM JENAYAH ISLAM
1. Pengertian Jenayah.
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
2. Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;
(a)HukumHudud
(b)HukumQisas
(c) Hukum Ta'zir
A. HUKUM HUDUD
1. Pengertian...